Agensi kerajaan buka kaunter di PPS Dewan Seri Lemanak, permudah urusan mangsa kebakaran Kampung Tengah

SRI AMAN – Mangsa kebakaran Kampung Tengah yang kehilangan dokumen penting kini boleh menarik nafas lega apabila kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan beberapa agensi kerajaan akan dibuka di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Seri Lemanak.

Menurut Residen Bahagian Sri Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian, Mahra Salleh, inisiatif ini dilaksanakan selepas pihaknya mendapati ramai mangsa keluar sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan dokumen seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan dokumen penting lain ketika kejadian pada Selasa lalu yang memusnahkan enam buah rumah.

“Kaunter JPN akan dibuka di PPS untuk memudahkan proses penggantian dokumen secara terus kepada mangsa. Selain itu, agensi lain termasuk Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan, Jabatan Tanah dan Survei serta institusi perbankan juga akan menyelaraskan bantuan menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sri Aman,” katanya.

Tambah beliau, kerjasama pelbagai agensi ini penting bagi mempercepatkan urusan semakan, penggantian dan pemprosesan semula dokumen yang hilang, seterusnya melancarkan penyaluran bantuan kepada mangsa terjejas.

“Pendekatan bersepadu ini bukan sahaja meringankan beban mangsa, malah mencerminkan keprihatinan dan kesepaduan semua pihak dalam menangani bencana secara efektif dan berperikemanusiaan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Mahra menghadiri taklimat situasi terkini kebakaran yang turut melibatkan Pejabat Daerah Sri Aman, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman serta agensi teknikal lain.

Dalam usaha memberi sokongan psikologi, Mahra memaklumkan perbincangan akan diadakan bersama-sama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menggerakkan pasukan kaunselor dari Yayasan Kebajikan Negara (YKN) ke PPS dalam masa terdekat.

“Sokongan psikologi sama penting dengan bantuan fizikal. Ramai mangsa, terutamanya warga emas dan kanak-kanak, memerlukan ruang untuk pulih secara emosi dan mental,” jelas beliau.

Menjawab persoalan berhubung tempoh penempatan di PPS, Mahra menjelaskan keputusan tersebut hanya akan dibuat selepas laporan lengkap Unit Forensik Bomba diperoleh dan keselamatan kawasan terjamin sepenuhnya.

Mengakhiri lawatan, beliau turut menyantuni sukarelawan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tampil membantu sejak hari pertama kejadian.

“Bagi pihak pentadbiran Bahagian Sri Aman, saya merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa yang terjejas. Terima kasih kepada semua agensi, NGO, syarikat swasta, individu serta sukarelawan yang pantas menghulurkan bantuan. Inilah semangat solidariti yang amat dihargai,” katanya.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET