Bomba selamatkan lelaki cuba terjun di Hospital Sandakan

SANDAKAN – Seorang lelaki, 33 tahun cuba terjun dari tingkat satu bangunan Hospital Duchess Of Kent Sandakan, di sini pada petang Rabu.  

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Penguasa Bomba Pegawai, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 2.56 petang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, mangsa cuba melarikan diri lalu melompat ke kompresor penyaman udara yang terdapat di luar bangunan dan dengan segera pasukan bomba berjaya menangkap mangsa.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu kiri diberikan rawatan susulan oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bomba.

“Mujur anggota dari Bomba Sandakan bertindak pantas menyelamatkan mangsa.

“Kemudian mangsa diserahkan kepada pihak Polis Daerah Sandakan dan Kementerian Kesihatan Sandakan untuk tindakan lanjut,” kata beliau menerusi kenyataan media.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada 5.26 petang selepas memastikan keadaan semuanya selamat. 

Related Posts

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

MIRI – Masyarakat setempat berpeluang menilai impak penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi Sesi Interaktif Bersama Komuniti X NADI di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Piasau Utara pada Rabu. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca
28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

SANDAKAN – Sebanyak 28 rumah atas air musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Pulau Nunuyan Laut, di sini, awal pagi Rabu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

  • By Fandi
  • August 19, 2026
28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

Pahang berjaya noktah miskin tegar

Pahang berjaya noktah miskin tegar

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

Pas perlu bentang pelan ekonomi jika mahu ambil alih Selangor – Pemuda AMANAH

Pas perlu bentang pelan ekonomi jika mahu ambil alih Selangor – Pemuda AMANAH