Kemuka permohonan pada MOTAC, iktiraf FKAT acara tahunan

TAWAU – Majlis Perbandaran Tawau (MPT) disaran mengemukakan segera permohonan rasmi kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) agar Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) diiktiraf sebagai acara tahunan dalam kalendar pelancongan Malaysia.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, usaha ini penting terutama ke arah Tahun Melawat Malaysia 2026 agar diperakui sebagai antara satu produk pelancongan sempena kempen tersebut.

“Kita akan bawa perkara ini kepada perhatian Menteri yang bertanggungjawab kerana Timbalan Menteri di kementerian ini merupakan anak jati Sabah, iaitu YB Khairul Firdaus.

“Sudah tentu beliau boleh mainkan peranan penting untuk membantu supaya FKAT ini dimasukkan dalam kalender pelancongan Malaysia,” katanya kepada media selepas perasmian Welcoming Dinner FKAT ke-10 di Dewan Masyarakat Tawau, pada Rabu.

Dalam pada itu, Nizam berkata Kerajaan Negeri sentiasa menyokong dan menyeru pihak berkaitan menambah penerbangan terus ke Tawau sebagai usaha merancakkan sektor pelancongan di Tawau.

Mengenai FKAT ke-10, Nizam yang juga Penasihat FKAT berkata, festival itu kembali membawa semangat ‘unity in diversity’ menerusi penyertaan 30 etnik tempatan dan tiga delegasi antarabangsa dari Kazakhstan, Filipina dan Indonesia.

“Kita berharap festival ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum di Tawau dan pada masa yang sama memperkenalkan Tawau sebagai destinasi yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan bangsa.

“Tawau merupakan tempat pertemuan pelbagai budaya dan sudah pasti ia akan menarik perhatian pelancong dari luar negara untuk datang ke sini,” ujarnya.

Kemuncak FKAT Ke-10 pada Sabtu ini di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT) akan disempurnakan Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Festival yang mengetengahkan konsep perkahwinan, kepahlawanan dan kraf tangan itu pada edisi kali ini dijangka menarik sehingga lebih 50,000 pengunjung.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok