Ibu maut, polis buru suspek langgar lari

PENAMPANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang memburu suspek langgar lari yang menyebabkan kemalangan maut melibatkan wanita dan anak kecil.

Menurut Ketua IPD Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, kemalangan itu menyebabkan mangsa wanita tempatan 38 tahun meninggal dunia.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 27 Julai lalu, kira-kira pukul 7.30 malam di jalan Kampung Kimbabangan, Penampang.

“Ketika kejadian, mangsa warga tempatan berumur 38 tahun sedang berjalan kaki bersama anak lelakinya yang berusia 1 tahun 5 bulan sebelum dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderaan yang melarikan diri dari tempat kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 28 Julai, pada pukul 3.15 pagi di wad kecemasan, Hospital Queen Elizabeth I dan anaknya kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Kanak-Kanak Likas,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis menyeru orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan kenderaan terlibat untuk tampil membantu siasatan.

Justeru itu, orang ramai boleh salurkan maklumat ke Balai Polis Trafik IPD Penampang atau hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133.

Related Posts

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

KUANTAN – Bekas jurutera rangkaian telekomunikasi 5G bagi Wilayah Timur, Ahmad Murad Mat Hasim @ Idris dilantik sebagai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, hari ini. Selain mempunyai pengalaman dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

KUCHING – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) meraih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026 (DEA2026), masing-masing menerusi kategori Penyelidikan dan Pembangunan serta Teknologi Digital. Pengiktirafan itu diumumkan sempena Majlis Makan Malam Gala…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

Jangan hanya kejar akademik, pelajar perlu kuasai teknologi masa depan – Mohamad Duri 

Jangan hanya kejar akademik, pelajar perlu kuasai teknologi masa depan – Mohamad Duri 

Tiga projek jalan pertanian RTP di Tebedu siap sepenuhnya, telan kos RM450,000

Tiga projek jalan pertanian RTP di Tebedu siap sepenuhnya, telan kos RM450,000