Demi SUKMA, Nurhidayah beratur 6 jam untuk tiket perasmian

KUCHING – Pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah bagi SUKMA kali ini tidak akan disia-siakan oleh rakyat bumi kenyalang.

Nurhidayah binti Sapiee adalah diantara 7,500 orang rakyat Sarawak yang hadir dan teruja dengan acara perasmian itu kelak.

Sanggup beratur bermula dari 8 pagi sehingga ke jam 2 petang tidak mematahkan semangat beliau untuk turut serta memberi semangat kepada kontijen Ibu Pertiwi itu.

Apabila ditanyakan mengenai sistem pengambilan tiket yang disediakan oleh urusetia acara ini, beliau berkata mereka wajib mengisi QR Code yang disediakan oleh pihak urusetia, mengisi maklumat yang diperlukan dan menuntut tiket tersebut di Stadium Sarawak.

Baginya prosedur tersebut agak sistematik supaya mereka yang hadir tidak perlu menunggu lama namun agak leceh bagi mereka yang kurang celik mengenai penggunaan QR code.

“Adalah lebih baik sekiranya pada masa akan datang, untuk apa-apa acara besar seperti ini, tiket-tiket dapat dibahagikan di beberapa kawasan lain seperti di Kompleks Belia dan Sukan Sarawak (KBS), Waterfront Kuching, mahupun di pejabat-pejabat Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Kuching.

“Ini akan memudahkan pengurusan semua pihak termasuk kami sebagai penyokong atlet-atlet bumi Sarawak.

“Sekurang-kurangnya tidaklah berlaku kesesakan seperti dua hari ni, sampai ada yang pengsan akibat berdiri terlalu lama dan kepanasan”, tambah beliau yang ingin menjadikan acara ini sebagai kenangan dalam hidupnya.

Nurhidayah juga berharap agar pada hari perasmian nanti pihak urusetia akan siap sedia dengan pengangkutan awam yang boleh digunakan oleh orang awam untuk menggelakkan kesesakan.

Bas-bas ini akan mengambil mereka di beberapa stesen yang telah disediakan agar mudah untuk mereka meletak kereta tanpa perlu berjalan jauh ke stadium kelak.

Tiket percuma berjumlah 15,000 keping itu telah habis diagihkan selama dua hari berturut-turut kepada orang awam yang ingin hadir untuk perasmian temasya sukan itu yang akan berlansung pada 17 Ogos ini di Stadium Sarawak.

Pagar stadium akan dibuka seawal 4 petang dan acara dianggarkan bermula pada jam 7.30 petang.

Acara juga masih boleh ditonton melalui saluran rasmi SUKMA di TV1 dan TVS dan juga platform media sosial.

Related Posts

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula