Zahid persoal prestasi kerajaan PN Perlis

KANGAR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan prestasi kerajaan negeri Perlis pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang didakwanya gagal membawa perubahan ketara kepada rakyat sejak dua tahun lalu.

Menurut beliau, rakyat kini semakin sedar bahawa kepimpinan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak memberi nilai tambah berbanding zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).

“Adakah kepimpinan yang ada sekarang ini benar-benar membawa perubahan? Lebih baik daripada zaman kita? Saya percaya rakyat Perlis kini sedar dan menilai semula keputusan lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kangar di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman merangkap Ketua UMNO Bahagian Arau; Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya, Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Ruzaini Rais serta para perwakilan dan pimpinan UMNO negeri.

Ahmad Zahid berkata, kekalahan UMNO dan BN di Perlis sebelum ini perlu dijadikan iktibar dan peluang untuk bangkit semula dengan lebih tersusun serta inklusif.

“Ini adalah harga yang kita bayar kerana marah sesama sendiri, tembak kaki sendiri dan baling batu di rumah kaca sendiri,” ujarnya.

Tegasnya, sudah tiba masanya UMNO tampil sebagai ‘game changer’ dengan menawarkan agenda baharu yang lebih segar dan realistik kepada rakyat negeri ini, terutamanya generasi muda.

“Pengundi di Kangar, Arau dan Padang Besar mahu melihat apa pembaharuan dan harapan baharu yang kita bawa. Ini masa untuk buktikan kebangkitan sebenar,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap barisan kepimpinan baharu UMNO Perlis yang disifatkannya lebih mantap dan berwibawa untuk meneruskan perjuangan parti.

“Pemimpin datang dan pergi. Yang telah berlalu, biarkan berlalu. Pemimpin yang ada di hadapan kita hari ini, insya-Allah lebih hebat daripada yang telah meninggalkan kita,” katanya.

Related Posts

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan hadir di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis bagi prosiding permohonan reman bagi membantu siasatan berhubung pendedahan Laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

  • By Fatin
  • August 27, 2026
70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api