Pembangkang lebih gemar berkempen di jalanan berbanding saluran demokrasi – Saifuddin

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyindir pembangkang yang dilihat lebih gemar berkempen di jalanan berbanding menggunakan saluran demokrasi dalam Parlimen bagi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap Perdana Menteri.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri membuka ruang seluas-luasnya dalam Dewan Rakyat dengan memberi jaminan akan mendahulukan sebarang usul undi tidak percaya sekiranya dibawa oleh pembangkang.

“Perdana Menteri berkata, sebagai Ketua Majlis beliau akan minta Tan Sri Speaker dahulukan sebarang usul undi tidak percaya untuk menjatuhkan beliau. Jadi bola di kaki pembangkang.

“Dalam kes ini, Perdana Menteri berkata… usul pembangkang akan didahulukan. Urusan kerajaan akan ditangguh dulu. Tapi sidang Parlimen sudah lima hari, sunyi sepi,” katanya pada sidang akhbar selepas Merasmikan Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) Polis Diraja Malaysia di Derga dekat sini hari ini.

Beliau menyifatkan ketiadaan tindakan pembangkang di Parlimen itu membuktikan mereka tidak mempunyai sokongan yang mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan secara sah selain bersifat provokasi.

“Jadi kalau pembangkang faham proses demokrasi dan nak guna jalur demokrasi untuk menjatuhkan seseorang, ia adalah melalui Parlimen. Tapi kenapa tak dibuat? Hakikatnya pembangkang tak ada sokongan sama sekali melainkan segmen mereka sahaja. Jadi cara mereka adalah bawa di luar Parlimen.

“Mereka fikir Kerajaan Madani akan buat sekatan. Tak ada. Maaf. Ahlan wa sahlan. Silakan. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, boleh berkumpul. Silakan… Mereka nak duduk, nak berucap.

“Cuma di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, masih lagi berkuat kuasa beberapa sekatan. Contohnya, tak boleh bawa kanak-kanak, tak boleh bawa senjata berbahaya. Jadi kalau mereka terlebih teruja, nak bakar suar dan sebagainya, pihak polis terpaksa kuatkuasakan undang-undanglah,” ujarnya.

End.

Related Posts

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

AYER KEROH – Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil tidak mengetahui mengenai dakwaan Pakatan Harapan (PH) sedang mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi