Maxim terus beroperasi, patuhi syarat APAD

KUALA LUMPUR – Penyedia perkhidmatan e-hailing, Maxim Malaysia, akan meneruskan operasi di seluruh negara selepas mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dengan syarat dan ketetapan tertentu.

Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley berkata, pihaknya komited menyediakan perkhidmatan yang selamat, boleh dipercayai serta mematuhi sepenuhnya peraturan ditetapkan pihak berkuasa.

“Kami amat berterima kasih atas peluang untuk meneruskan operasi di Malaysia di bawah pemantauan APAD. Maxim kekal komited mengekalkan standard tertinggi dan terus menyumbang kepada pembangunan sektor pengangkutan serta ekonomi digital negara. Kami juga sentiasa mengutamakan operasi yang bertanggungjawab demi manfaat rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, semua rakan-pemandu aktif Maxim diwajibkan memiliki Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) yang sah dan dilindungi insurans melalui rakan kongsi syarikat, selaras usaha meningkatkan kualiti dan keselamatan perkhidmatan di seluruh negara.

Maxim turut menawarkan fleksibiliti kepada pemandu untuk memilih sama ada bekerja sepenuh masa atau sambilan, sekali gus membuka peluang pendapatan stabil kepada ribuan rakyat Malaysia, terutamanya di kawasan luar bandar dan kurang liputan.

Selain perkhidmatan e-hailing, syarikat berkenaan aktif melaksanakan pelbagai inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), termasuk program kebajikan awam dan kempen kesedaran keselamatan jalan raya.

Melalui pelaburan dalam teknologi mobiliti pintar, Maxim terus menyokong aspirasi negara untuk memperkukuh inovasi digital, mewujudkan peluang pekerjaan serta membina masa depan yang lebih inklusif dan berdaya saing.

Maxim mula beroperasi di Malaysia pada 2019 dengan tempahan pertama di Kuantan dan kini perkhidmatannya meliputi semua negeri. Aplikasi Maxim boleh dimuat turun di pelbagai platform seperti Google Play Store, App Store dan lain-lain.

Maxim berharap dapat terus bekerjasama rapat dengan APAD dan pihak berkepentingan lain bagi memastikan persekitaran pengangkutan yang cekap, selamat dan boleh dipercayai untuk semua rakyat Malaysia 

Related Posts

Selangor-Singapura teroka peluang pelaburan dan rangkaian baharu

SINGAPURA – Hubungan erat antara Selangor dan Singapura dijangka memasuki fasa baharu apabila beberapa siri pertemuan strategik yang diadakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan pemimpin serta agensi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lawas berpotensi jadi hab ekonomi baharu sempadan Sarawak-Brunei-Kalimantan

LAWAS – Lawas berpotensi muncul sebagai pemangkin kepada pembentukan koridor ekonomi baharu yang menghubungkan Sarawak, Brunei Darussalam dan Kalimantan, sekali gus memperkukuh peranannya sebagai hab strategik pembangunan di utara Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan