Tindakan SPRM demi rakyat, bukan hukuman – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan dalam menangani isu rasuah adalah untuk mendapatkan semula wang rakyat yang diambil secara tidak sah, dan bukan untuk menghukum individu yang telah meninggal dunia.

Menurut Anwar, tindakan tersebut penting bagi memastikan keadilan terhadap rakyat, walaupun ia mendapat tentangan daripada pihak tertentu yang mempertahankan individu yang terlibat.

“Kita bukan mahu menghukum orang yang telah meninggal dunia. Apa yang kita mahu ialah mengambil balik duit yang dia ambil secara tidak sah. Tetapi, apabila tindakan diambil, ada pula yang kata ‘kasihan, dia sudah tua’ atau ‘dia sudah tiada’,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Tanpa menamakan mana-mana individu secara khusus, Anwar turut menyatakan rasa kesal terhadap sikap segelintir pihak yang menggunakan ruang Parlimen untuk mempertahankan tokoh yang didakwa telah mengaut kekayaan secara tidak wajar.

“Maknanya, (terdapat pihak) menggunakan ruang Parlimen untuk mempertahankan orang yang memunggah kekayaan berbilion,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang menjalankan siasatan dan tindakan pelucutkan aset berkaitan Allahyarham Tun Daim Zainuddin; isteri beliau, Toh Puan Na’imah Khalid; ahli keluarga dan sekutunya.

Dalam kenyataan bertarikh 11 Julai lalu, SPRM memaklumkan bahawa siasatan melibatkan pemilikan aset luar biasa bernilai tinggi yang dikenal pasti di 11 buah negara, termasuk United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Singapura, British Virgin Islands, Kepulauan Cayman, Jersey, Itali, Jepun, Indonesia, serta beberapa negara di benua Afrika.

Related Posts

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

RAWANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan dalam kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan apabila Datuk Seri Aminuddin Harun kekal sebagai Menteri Besar, meskipun timbul dakwaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

NARATIF yang menggambarkan ekonomi Islam seolah-olah dipinggirkan dalam sistem global perlu dilihat secara lebih objektif dan berpaksikan realiti semasa. Sistem ekonomi dunia hari ini tidak lagi beroperasi dalam kerangka ideologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM