Pemulangan cukai 25%: Kerajaan Johor punyai kerjasama erat dengan Persekutuan – MB

JOHOR BAHRU- Titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai pemulangan cukai Johor sebanyak 25 peratus disifatkan sebagai bentuk cadangan yang rasional dan munasabah.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sentiasa bekerjasama erat dalam setiap pelan kemajuan yang direncanakan di Johor.

Katanya, titah agar sekurang-kurangnya 25 peratus hasil cukai pendapatan dipulangkan semula kepada Johor bukanlah tuntutan bersifat mendesak tanpa asas, apatah lagi menafikan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan.

“Cadangan ini diutarakan kerana Johor kini berdepan keperluan mendesak untuk mempercepatkan pelbagai projek asas rakyat termasuk penambahbaikan infrastruktur, sistem kesihatan, pengurusan banjir dan kebajikan rakyat.

“Ia merupakan satu cadangan yang rasional, strategik dan berpandangan jauh agar negeri yang telah terbukti menyumbang besar kepada kemakmuran negara turut diberikan keupayaan kewangan dan kuasa pengurusan yang lebih adil dan efektif,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Menurut Onn Hafiz, sekiranya hasil berkenaan dapat diurus dan diagihkan dengan lebih telus dan cekap, manfaatnya bukan sahaja dinikmati oleh rakyat Johor, namun ekonomi negara juga akan menerima limpahan positif yang lebih besar.

“Dengan kemudahan kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan sosial yang bertambah baik, Johor akan menjadi lebih kompetitif, mampan dan bersedia menyumbang lebih jauh kepada pembangunan Malaysia secara menyeluruh.

“Kerajaan Negeri sentiasa berpegang kepada semangat kebersamaan dengan Kerajaan Persekutuan. Namun dalam masa yang sama, Johor wajar dilihat bukan hanya sebagai penyumbang angka ekonomi negara, tetapi sebagai rakan kongsi strategik yang boleh digerakkan untuk menjayakan agenda pembangunan negara dengan lebih pantas dan menyeluruh, demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

“Kerajaan Negeri berharap agar cadangan ini dapat diperhalusi dan dipertimbangkan dengan sebaiknya oleh pihak Kerajaan Persekutuan, demi kepentingan bersama. Insya-Allah,” katanya.

Related Posts

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala