
KUCHING: Orang ramai tidak melepaskan peluang pada hari kedua agihan tiket percuma bagi menyaksikan Majlis Perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 ke-21 sejak Isnin.
Difahamkan agihan 7,500 tiket untuk satu hari kepada orang ramai dan setiap individu mendapat empat tiket percuma sahaja.
Menariknya, ada yang sanggup berbaris sejak 3 pagi semata-mata tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan tiket percuma SUKMA.
Semalam, orang ramai sanggup berbaris selama enam jam semata-mata mahu mendapatkan tiket percuma Majlis Perasmian SUKMA 2024.







