Bomba bertarung 8 jam padam api lori minyak

LAHAD DATU – Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu mengambil masa lapan jam untuk memadam kebakaran sebuah lori tangki minyak di bulatan berhampiran Jalan Taman Palm Height di sini, petang Isnin. 

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 4.07 petang sebelum sepasukan 16 anggota bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian. 

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan sementara kebakaran hanya membabitkan sebuah lori tangki minyak 10,000 liter yang membawa muatan minyak diesel telah terbakar 100 peratus. 

Menurut kenyataan itu, operasi memadam api menggunakan satu aliran dengan dua pancutan 200 kaki menggunakan sumber air dari tangki jentera bomba, tangki lori Jabatan Air dan 10 tong ‘foam’. 

Api berjaya dikawal pukul 10.08 malam dan operasi kemudian ditamatkan pukul 11.59 malam.

Related Posts

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

BAU – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika mandi di sungai di Kampung Segubang, petang Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

KUCHING – Polis Sarawak menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah di sekitar Kuching dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM16.8 juta. Kejayaan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane