Program Hasrat MADANI jawab isu semasa rakyat – Pengerusi KRT

TEMERLOH – Pelbagai persoalan dan kemusykilan rakyat berhubung isu semasa berjaya diperjelaskan menerusi Program Hasrat MADANI Parlimen Temerloh yang berlangsung di sini, semalam.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Saga Indah, Supian Hussin berkata, program sebegini memberi ruang kepada komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat yang tepat serta relevan dengan keperluan mereka.

Menurutnya, masih ramai dalam kalangan rakyat yang sukar mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi kerajaan disebabkan kekangan masa atau tidak mengetahui saluran yang betul untuk dirujuk.

“Melalui program ini, pelbagai persoalan telah diajukan semasa sesi soal jawab, dan banyak penjelasan yang diperoleh secara terus daripada agensi berkaitan.

“Bagi saya, program sebegini amat berjaya dan wajar diperbanyakkan lagi kerana ia mendekatkan kerajaan dengan rakyat,” katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Program anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) itu turut mendapat kerjasama daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Temerloh, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Temerloh serta Jabatan Penerangan (JAPEN) Temerloh.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Woo Chee Wan.

Related Posts

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

IPOH – Perak menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini melancarkan Kios Kesihatan Pintar SIHAT AI, inisiatif berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

ALOR SETAR – Tiga sekeluarga termasuk dua pengarah syarikat pengeluar dan pemproses padi serta beras ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0