FELDA Jengka 24 anjur Hari Bertemu Masyarakat bincang isu setempat

JERANTUT – Isu membabitkan kebajikan dan pembangunan dalam kawasan tanah rancangan FELDA dapat dibincangkan secara terbuka menerusi penganjuran Hari Bertemu Masyarakat, hari ini.

Inisiatif itu dilakukan barisan kepimpinan FELDA Jengka 24 bagi memberi peluang kepada warga peneroka berkongsi pandangan mereka dalam memakmurkan kawasan tanah rancangan itu.

Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, penganjuran kali pertama Hari Bertemu Masyarakat itu mendapat sambutan baik daripada semua pihak, termasuk golongan belia.

“Kebiasaannya kita dengar Hari Bertemu Pelanggan dan ini adalah amalan biasa dalam jabatan kerajaan.

“Kami di FELDA Jengka 24 berpandangan, konsep seperti itu boleh dilaksanakan di sini dan kita jenamakan sebagai Hari Bertemu Masyarakat… dan sambutan diterima sangat menggalakkan,” katanya.

Dia memaklumkan, program itu disertai bukan sahaja warga peneroka tapi turut menarik perhatian Majlis Belia FELDA dan badan bukan kerajaan Kami Anak FELDA.

“Pihak pengurusan FELDA Jengka 24 juga turut serta dalam program ini dan mereka boleh mengambil maklum segala permasalahan dibangkitkan peneroka sepanjang program berlangsung,” jelasnya.

Razak memaklumkan, antara perkara utama dibangkitkan adalah berkaitan keceriaan kawasan FELDA mengikut blok masing-masing, pengurusan sisa pepejal serta kepentingan mencarum dalam skim insurans kemalangan yang merangkumi perlindungan bencana seperti kebakaran rumah, ribut dan banjir.

“Dalam masa yang sama, kita dapat berkongsi dengan masyarakat mengenai beberapa projek pembangunan yang diluluskan kerajaan Pahang untuk kemudahan penduduk di sini.

“Antaranya pembinaan padang bola, dewan terbuka dan tandas masjid… ada antara projek itu sudah siap dan ada yang dalam proses pelaksanaan.

“Begitu juga mengenai isu hak milik dan Skim Tanah Rakyat turut dibangkitkan peneroka dalam sesi kali ini, semua perkara berkenaan akan diambil maklum pihak pimpinan di peringkat FELDA Jengka 24 untuk dibawa kepada perhatian pihak berkaitan,” ujarnya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar