‘Tiada mimpi yang mustahil, asalkan berusaha dengan penuh kesungguhan’ – Suwadi

TAWAU – “Tiada mimpi yang mustahil, asalkan berusaha dengan penuh kesungguhan.”

Itulah antara bait kata Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Suwadi Guliling sebagai semangat kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abaka dalam menggenggam impian sekali gus mencapai cita-cita mereka.

Sebagai anak jati Kampung (Kg) Sri Bombalai, beliau optimis kejayaan seseorang bukan bergantung kepada di mana beliau dilahirkan, tetapi kepada keazaman untuk terus berusaha dan berjaya dalam pendidikan.

“Saya berdiri di sini hari ini kerana nilai-nilai yang saya pelajari di kampung ini dan hari ini saya kembali ke sekolah dan kampung saya bukan hanya untuk mengenang, tetapi untuk menyumbang.

“Tidak kira sama ada kita berada di Kuala Lumpur atau di Tawau, setiap rakyat Malaysia berhak mendapat peluang yang sama untuk berjaya.

“Kampung ini, negeri ini, dan rakyat di sini memiliki potensi yang besar untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

“Kita tidak harus hanya menunggu perubahan dari luar sebaliknya, kitalah pencetus perubahan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Santuni MADANI di SMK Abaka, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Suwadi juga memuji kejayaan SMK Abaka sebagai sekolah yang berjaya meningkatkan prestasi cemerlang sebagai sekolah ‘Top 8’ pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dari 21 buah sekolah di Tawau.

“Saya percaya 141 pelajar yang ada mengikuti program hari ini mampu berjaya dan menyumbang kepada komuniti suatu hari nanti.

“Asas kejayaan adalah pendidikan. Oleh itu, simpan itu sebagai pendirian untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi sama ada matrikulasi, diploma atau ijazah dan capai impian itu,” katanya.

Suwadi turut menyeru seluruh komuniti untuk melihat ke hadapan dengan penuh keyakinan dan bersama-sama melakar masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang.

“Jangan sekali-kali meremehkan kekuatan komuniti kerana dari kampung seperti inilah
lahirnya pemimpin, pendidik, usahawan, dan warga negara yang cemerlang.

“Ayuh kita bangkit bersama, membina Tawau, memperkukuh Sabah, dan memajukan Malaysia tercinta,” serunya.

Sementara itu, Pengetua SMK Abaka, Adnan Marjuki dalam ucapan alu-aluan ringkasnya menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Suwadi dan JKOM atas sokongan padu dan sumbangan kepada sekolah berkenaan.

Program Santuni MADANI Siri Kedua anjuran JKOM kali ini meneruskan kesinambungan sebagai penghargaan kepada komuniti akar umbi sekali gus menyemarakkan aspirasi Malaysia MADANI.

Program sehari itu turut menyaksikan penyampaian sumbangan barangan keperluan asas kepada yang memerlukan termasuk warga emas, orang kelainan upaya (OKU), anak yatim dan ibu tunggal dalam satu majlis ringkas di Masjid Baburrahman, Kg Sri Bombalai dan pendekatan Ziarah Kasih yang lebih mesra dan terbuka.

Program bertujuan mengukuhkan hubungan antara kerajaan dan rakyat selari manifestasi aspirasi Malaysia MADANI yang mengangkat nilai kasih sayang, keterangkuman dan keberdayaan sebagai tonggak pembangunan
negara.

Justeru, JKOM turut menegaskan komitmen berterusan untuk menjadikan platform berkenaan sebagai jambatan penyatuan rakyat dan pemimpin, seterusnya memperkukuh semangat patriotisme dan perpaduan nasional bermula dari akar umbi.

Related Posts

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

PUTRAJAYA – Pengamal media, khususnya wartawan, jurufoto dan juruvideo memohon pertimbangan kerajaan supaya kuota 300 liter RON95 yang dinikmati sebelum ini dikekalkan. Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) berkata, keputusan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

PUTRAJAYA – Kerjasama strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dalam aspek pemuliharaan karya seni bernilai tinggi yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sebagai tanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos