IPD Lahad Datu kesan tiga jenayah sosial dalam tempoh 48 jam, serius ambil tindakan tegas

LAHAD DATU – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu kini sedang menjalankan siasatan terhadap tiga kes jenayah melibatkan kes buang bayi, kegiatan pelacuran dan perjudian dalam talian yang dikesan dalam tempoh 48 jam sekali gus menunjukkan keseriusan pihak polis untuk mengambil tindakan tegas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, kejadian pertama membabitkan kes buang bayi yang berlaku di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Burung Jalan Bakawali, pagi tadi.

“Pada 3.06 pagi, seorang bayi lelaki yang masih hidup ditemui ditinggalkan individu tidak dikenali.

“Bayi itu kini stabil di Hospital Lahad Datu dan Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi dengan niat untuk membuangnya secara kekal.

“Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, ” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Dzulbaharin berkata, dalam kes berasingan, seorang wanita berumur 21 tahun ditahan disyaki menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi MiChat dengan bayaran antara RM250 hingga RM350.

Katanya, wanita itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Jenyah IPD Lahad Datu menerusi Op Noda kira-kira pukul 10.30 malam, pada Khamis.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit, beberapa keping kondom dan sejumlah wang tunai untuk siasatan di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 1 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 petang pada Khamis, seorang lelaki warga tempatan berumur 24 tahun diberkas di Lorong Lahad Datu Square 1 kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

“Sebuah telefon pintar yang mengandungi aplikasi perjudian dirampas untuk siasatan di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda antara RM10,000 hingga RM100,000 dan penjara tidak melebihi 5 tahun,” katanya.

Tegas Dzulbaharin, polis IPD Lahad Datu memandang serius semua bentuk jenayah yang boleh mengancam kesejahteraan masyarakat khususnya jenayah sosial yang melibatkan penganiayaan bayi, pelacuran dan perjudian.

Justeru katanya, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi demi keselamatan dan keharmonian komuniti setempat.

Related Posts

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan semakan menyeluruh terhadap operasi sebuah kuari batu kapur di Mukim Kampung Buaya, Kuala Kangsar yang tular di media sosial, baru-baru ini. Menteri Besar Perak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah