Hantaran misteri PMX: Warga Lahad Datu mahu Anwar kekal, terus bantu rakyat

LAHAD DATU – Hantaran misteri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook pada Selasa mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan rakyat, namun majoriti terus menyatakan sokongan dan berharap beliau kekal mengutamakan kesejahteraan ekonomi rakyat.

Bercakap kepada wartawan The Malaysia Press, seorang penduduk Lahad Datu, Mohammad Shahrul Eidzman Abd Said, 25, berkata, sepanjang menerajui kepimpinan negara, PM membawa banyak manfaat untuk rakyat dan negara.

“Saya nampak pelbagai inisiatif untuk rakyat terutama dari aspek ekonomi, beliau banyak mengutamakan kesejahteraan rakyat hari ini malah beliau juga bermula dengan tidak mengambil gaji.

“Tidak macam sebelum ini ada pemimpin yang mengambil keuntungan sendiri.

“Jadi bagi saya, saya mahu dia (Anwar) sepenggal lagi dan apa ‘post’nya ini saya berharap agar ia adalah bantuan tambahan kewangan untuk rakyat,” katanya.

Pada Selasa, Anwar memberi bayangan akan mengumumkan suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia dalam masa terdekat.

Perkongsian poster ‘Suatu Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku’ yang dimuat naik menerusi akaun Facebook rasmi PM dengan kapsyen ‘nantikan’ meraih 23,000 tanda dan 1,700 perkongsian.

Hardiati Muhd Tang juga senada mahu agar PMX kekal dengan prestasi cemerlang membawa perubahan positif untuk rakyat terutama golongan B40.

“Kalau PM sekarang okay sebab golongan B40 ni terbela selain banyak bantuan-bantuan diumum kepada rakyat dan dinaikkan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan memperkenal pendekatan SARA.

“Pada masa yang sama, apa yang saya harapkan agar PM turut memberi perhatian terhadap jalan raya di Sabah misalnya di Jalan Jeroco yang memerlukan penyelenggaraan menerusi bajet khas,” katanya.

Sementara itu, Nora Lindio, 50, pula berharap agar hantaran PMX memberi impak positif  terhadap dasar kerajaan dan kos sara hidup rakyat.

“Antaranya menurunkan harga beras dan minyak agar kos hidup rakyat berkurang serta memansuhkan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” ujarnya.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian