Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

SEBUAH coretan jujur oleh pelancong dari India mengenai pengalamannya melawat ibu negara baru-baru ini telah mencetuskan perbincangan hangat dalam talian, terutamanya dalam kalangan rakyat India.

Menerusi hantaran yang dimuat naik ke platform Reddit bertajuk “Just back from Kuala Lumpur and I’m ashamed”, individu tersebut meluahkan rasa kagum terhadap Malaysia, khususnya dari aspek perancangan bandar, kebersihan dan tadbir urus awam — yang disifatkan jauh lebih baik berbanding negaranya sendiri.

Menurutnya, keputusan memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan dibuat secara spontan apabila perubahan pada saat akhir menyebabkan dia terpaksa membatalkan rancangan asal ke Vietnam. Meskipun mengunjungi Malaysia dengan jangkaan yang rendah, dia mengakui kagum dengan apa yang disaksikannya.

“Kuala Lumpur kelihatan sangat terancang dan tersusun. Tiada jalan berlubang, tiada kain rentang atau gambar ahli politik di merata-rata tempat, kebersihan terjaga, kesedaran sivik yang tinggi, kualiti hidup yang baik, udara bersih dan rakyat yang ramah,” katanya.

Tambahnya, pengalaman itu membuka mata terhadap jurang besar antara bandar raya di Malaysia dan di India.

“Saya selama ini menentang keras idea rakyat India berhijrah ke luar negara. Namun, selepas lawatan ini, saya berasa simpati kepada pelancong asing yang datang ke India, mahupun warga India yang terpaksa pulang ke tanah air atas pelbagai sebab,” katanya seperti dilapor Hindustan Times.

Dia juga mendakwa rakyat India seolah-olah sudah berputus asa terhadap peranan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

“Meskipun India memiliki sumber dan potensi, majoriti rakyatnya masih terpaksa bergelut untuk mendapatkan kemudahan asas. Kita terlalu sibuk dengan isu remeh dan lebih gemar meraikan kemenangan dalam IPL atau T20, mengagungkan selebriti dan tokoh politik tanpa pernah meminta pertanggungjawaban mereka,” katanya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai, termasuk warga India yang turut berkongsi pengalaman serupa. Seorang pengguna Reddit berkata:

“Saya juga dahulu tidak pernah terfikir untuk meninggalkan India. Tetapi selepas lawatan kerja ke Jerman, persepsi saya berubah sepenuhnya. Keselamatan, kualiti udara dan makanan — semuanya jauh lebih baik.”

Seorang lagi warganet menambah: “Inilah sebabnya mengapa penting untuk melancong. Kini anda boleh menjadi suara yang membawa pandangan berasaskan pengalaman sebenar.”

Related Posts

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waspada dengan hari yang penuh tipu daya

UMAT Islam perlu sentiasa berwaspada dengan amaran diberikan Nabi Muhammad SAW, agar berhati-hati ketika menghadapi hari-hari yang penuh dengan tipu daya. Rasulullah SAW bersabda, pada waktu itu, kebenaran dan amanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji