Hak Najib mesti terus diperjuangkan

KUANTAN – UMNO menegaskan perjuangan parti itu bukan bersifat peribadi membabitkan individu seperti Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya demi memastikan hak bekas Perdana Menteri itu diberi perhatian sewajarnya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pendirian tersebut diambil susulan pengesahan Jabatan Peguam Negara mengenai kewujudan Titah Adendum berkaitan Najib yang didedahkan baru-baru ini.

“Ikrar kita UMNO tidak akan berhenti daripada memperjuangkan nasib Najib… selagi beliau tidak mendapat hak yang sepatutnya diterima dan kita akan teruskan perjuangan.

“Kita nak supaya rakyat faham bahawa UMNO bukan memperjuangkan individu tetapi kita memperjuangkan hak beliau (Najib) yang sepatutnya kita berikan,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut di bandar Jerantut, hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah.

Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, pendirian itu seiring kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu keadilan ditegakkan buat Najib, termasuk membawanya ke perhatian perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO pada November ini.

Menurutnya lagi, kewujudan titah itu sepatutnya dimaklumkan lebih awal kepada umum.

Related Posts

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

UMNO berisiko kecundang pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sekiranya pihak lawan berjaya memenangi persaingan persepsi bagi meragut kewibawaan kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Felo Majlis Profesor…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

KUANTAN – Bekas jurutera rangkaian telekomunikasi 5G bagi Wilayah Timur, Ahmad Murad Mat Hasim @ Idris dilantik sebagai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, hari ini. Selain mempunyai pengalaman dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital