Pengecualian waktu bekerja syif 42 jam bukti keprihatinan terhadap petugas kesihatan – SMSU

KUCHING – Keputusan kerajaan memberikan pengecualian waktu bekerja syif 42 jam seminggu kepada lebih 82,000 petugas kesihatan disambut baik oleh Kesatuan Perkhidmatan Perubatan Sarawak (SMSU) yang menyifatkannya sebagai bukti keprihatinan dan ketegasan kerajaan dalam menjaga kebajikan penjawat awam barisan hadapan.

Dalam kenyataannya baru-baru ini, SMSU menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz atas komitmen mereka menyelesaikan isu pelaksanaan waktu bekerja syif 45 jam yang sebelum ini membebankan petugas kesihatan.

Keputusan yang diumumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 11 Julai lalu melibatkan seramai 82,637 petugas kesihatan di bawah lima skim perkhidmatan kritikal di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Langkah ini mencerminkan keprihatinan mendalam pihak Kerajaan terhadap bebanan tugas dan tekanan kerja yang dihadapi petugas kesihatan, terutamanya mereka yang berada di persekitaran kritikal dan berisiko tinggi demi menyelamatkan nyawa pesakit,” kata kenyataan itu.

SMSU turut merakamkan penghargaan khas kepada Presiden Cuepacs serta Majlis Presiden dan Setiausaha Agung Gabungan Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (MAPSU) atas usaha berterusan memperjuangkan hak dan kebajikan petugas kesihatan secara konsisten dan berprinsip.

Menurut kenyataan itu lagi, pendekatan penuh ihsan yang diambil oleh Kerajaan adalah selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan diyakini mampu meningkatkan semangat, motivasi serta kesejahteraan petugas kesihatan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjadi suara dan benteng perjuangan petugas kesihatan,” tambah SMSU.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak