Pulau Pinang komited perkukuh infrastruktur kesihatan inklusif dan berkualiti

GEORGE TOWN – Pulau Pinang komited memperkukuh infrastruktur kesihatan negeri dengan memberi tumpuan kepada penyediaan perkhidmatan yang inklusif dan berkualiti, khususnya kepada wanita, kanak-kanak dan keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi berkata, perkara itu dibuktikan menerusi peruntukan RM758 juta daripada Kerajaan Persekutuan yang dimanfaatkan sepenuhnya untuk tiga projek utama di Hospital Pulau Pinang (HPP) membabitkan pembinaan Blok Wanita dan Kanak-kanak bernilai RM307 juta, Blok Perkhidmatan Sel Stem (RM23 juta), dan Blok Klinik Pakar serta Wad baharu berjumlah RM428 juta.

“Pelaburan besar ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam memperkasa sistem kesihatan awam demi kesejahteraan rakyat,” katanya dalam ucapan perasmian Kongres Antarabangsa ke-32 Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia (OGSM) di Pusat Konvensyen Spice, Bayan Lepas. Turut hadir Presiden Terpilih OGSM, Dr. R.M. Udayar.

Kongres tiga hari itu menghimpunkan lebih 800 pakar dari dalam dan luar negara untuk berkongsi pengetahuan, menjalin kerjasama serta meneroka inovasi dalam penjagaan kesihatan ibu dan reproduktif.

Sementara itu, Dr. R.M. Udayar berkata, kongres ini bukan sekadar perhimpunan tahunan, sebaliknya ‘perayaan’ terhadap pendidikan, inovasi dan dedikasi bersama dalam menyerlahkan hasrat menggabungkan sains dan teknologi moden dengan penjagaan berpusatkan pesakit.

Bertemakan ‘Merangkul Kepelbagaian & Menginspirasi Perubahan’ kongres berkenaan menjadi medan penting dalam membentuk masa depan bidang obstetrik dan ginekologi melalui penyelidikan dan perbincangan mendalam.

Related Posts

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

LIMBANG – Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah menyantuni mangsa yang terjejas dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah di Kampung Baru Medamit di sini, hari ini. Dalam lawatan itu, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah