Kerajaan Johor peruntuk hampir RM20 juta bantu kebajikan jururawat

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor berusaha membantu kebajikan petugas hospital khususnya para jururawat dalam memastikan golongan itu dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan baik.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, isu kekurangan tenaga kerja di sektor berkenaan hingga memaksa kumpulan jururawat bertugas lebih masa selain perlu mendengar keluhan dan rungutan orang awam setiap hari pastinya mengundang tekanan.

Justeru kata beliau, Kerajaan Johor terus mencari kaedah bersesuaian untuk membantu mengurangkan beban tugasan mereka bagi memastikan kesejahteraan para jururawat hospital di negeri ini.

“Kerajaan Negeri sentiasa menghargai jasa serta pengorbanan petugas kesihatan khususnya golongan jururawat dan ia kini diterjemah menerusi peruntukan bernilai RM19.8 juta kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

“Peruntukan ini bertujuan menaik taraf pantri, membeli aset perubatan, menambah baik Jabatan Kecemasan, pengoperasian klinik bergerak, perkhidmatan ubat melalui pos, pembelian empat ambulans baharu serta pemasangan Sistem Giliran Pintar (SQS) yang lebih efisien dan mesra rakyat.

“Selain itu, sebagai tanda sokongan yang berterusan, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM400 ribu khusus untuk kebajikan jururawat pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor 2025 di Pusat Konvensyen Danga Bay, di sini, semalam.

Menurut Onn Hafiz, majlis berkenaan merupakan simbol penghargaan Kerajaan Negeri kepada lebih 8,000 jururawat di seluruh Johor yang saban hari menjadi tulang belakang sistem penjagaan kesihatan rakyat.

“Dalam masa sama, bagi menangani isu kekurangan jururawat dan doktor di beberapa hospital utama di negeri ini, Kerajaan Negeri sedang berusaha memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan secara menyeluruh, seterusnya memastikan rakyat Johor terus menerima perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, cekap dan menyeluruh.

“Kepada semua jururawat Johor, anda adalah wira tak didendang yang menjadi harapan dan pelindung masyarakat. Terima kasih atas kecekalan, keikhlasan dan kesungguhan semua.

“Semoga segala bakti kalian menjadi amal jariah yang terus mengalir dan mengangkat martabat kesihatan negeri Johor yang dicintai ini,” katanya.

Related Posts

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

KANGAR – Kewujudan elemen promosi platform perjudian dalam aktiviti sukan di negeri ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan golongan belia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis, Saiful Fariddil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

MIRI – Gara-gara terpedaya dengan kata-kata manis seorang kenalan lelaki di aplikasi TikTok, seorang pesara swasta wanita berputih mata selepas kerugian RM1,173,700 akibat menjadi mangsa ‘Love Scam’. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’