DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

KOTA KINABALU – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah menyatakan sokongan padu terhadap tindakan undang-undang yang diambil oleh Sabah Law Society (SLS) dalam menuntut hak perlembagaan negeri berkaitan 40 peratus hasil bersih yang diperoleh dari Sabah.

Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Chan Loong Wei berkata, tindakan dan komitmen SLS perlu dipuji kerana menegakkan kedaulatan undang-undang dan mempertahankan hak perlembagaan Sabah.

Jelasnya, ia termaktub termaktub dalam Perkara 112C dan Seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

“Semakan kehakiman yang sedang berjalan ini merupakan detik penting dalam sejarah perlembagaan negeri kita.

“DAP Sabah percaya bahawa tindakan undang-undang ini bukan sekadar satu proses perundangan, tetapi adalah pendirian yang wajar demi keadilan fiskal dan autonomi Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Dalam pada itu, Chan yang juga Setiausaha, Pemuda Sosialis DAP Sabah berkata, sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, DAP Sabah akan terus memperjuangkan hak rakyat Sabah melalui semua saluran demokrasi, baik dari dalam mahupun luar kerajaan.

Beliau turut memaklumkan bahawa Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe, telah beberapa kali membangkitkan isu ini secara langsung kepada Perdana Menteri dalam mesyuarat-mesyuarat sebelum ini.

“Komitmen kami kekal utuh untuk membina Sabah yang setara dan berdaya saing,” ujarnya.

Related Posts

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

KUANTAN – Setiap ahli politik perlu mempunyai prinsip dan berpegang kepada lima asas penting bagi memastikan mereka kekal dihormati. Perkara ini juga menjadi benteng kepada ahli politik untuk menjalankan amanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

KUCHING – Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) dan Plaza Merdeka Management Sdn Bhd (Plaza Merdeka) memeterai kerjasama strategik melalui pemeteraian Surat Niat (LoI) bersempena dengan penganjuran pameran iPROTECH 2026 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air