Tiada bukti campur tangan PM dalam institusi kehakiman – Kamil Munim

KETUA Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencampuri institusi kehakiman negara, dan menyifatkannya sebagai satu tuduhan tidak berasas serta berniat jahat.

Kamil yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan berkata, kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa kebebasan kehakiman akan terus terjejas selagi Perdana Menteri mempunyai isu undang-undang peribadi, merupakan satu dakwaan yang perlu dibuktikan dengan fakta yang sahih, bukan sekadar tuduhan rambang demi kepentingan politik sempit.

“Dakwaan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kebebasan kehakiman terjejas selagi Perdana Menteri mempunyai isu undang-undang peribadi dan kononnya Perdana Menteri sedang ‘mengoyakkan’ institusi negara untuk kekal berkuasa, adalah tidak berasas.

“Dakwaan bahawa kebebasan kehakiman terjejas selagi Perdana Menteri menghadapi isu undang-undang peribadi adalah suatu kenyataan yang perlu dibuktikan serta disandarkan dengan fakta yang konkrit, bukan tuduhan rambang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tindakan Muhyiddin menunggang kenyataan beberapa Ahli Parlimen kerajaan adalah untuk mencetuskan keraguan terhadap integriti Anwar, hanya bertujuan mengaburi perhatian rakyat dan menjejaskan kepercayaan terhadap institusi kerajaan.

Kamil turut menegaskan bahawa perbezaan pandangan dalam kalangan Ahli Parlimen kerajaan terhadap dasar-dasar pentadbiran adalah suatu perkara biasa yang mencerminkan kematangan demokrasi dalam negara, dan tidak boleh ditafsir sebagai hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

“Itulah bukti nyata kekuatan kerajaan pada hari ini yang memperaku serta meraikan perbezaan pandangan dalam konteks sebuah negara yang mengamalkan demokrasi yang sebenarnya, jauh beza dengan Muhyidin yang memilih untuk menutup Parlimen satu ketika dahulu kerana tidak berani berhadapan dengan ahli-ahli parlimen pembangkang,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut membidas cubaan pembangkang mengaitkan dasar fiskal seperti peluasan cukai ukai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan kenaikan tarif elektrik dengan dakwaan bahawa kerajaan sedang mengukuhkan cengkaman terhadap institusi negara.

“Dasar-dasar ini adalah keputusan kerajaan yang dibuat berdasarkan pertimbangan ekonomi dan keadaan fiskal negara, dan ia tidak secara langsung membuktikan niat untuk campur tangan dalam institusi negara,” katanya.

Mengulas mengenai permohonan Perdana Menteri untuk merujuk lapan soalan Perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan berhubung prosiding sivil oleh Yusoff Rawther, beliau menegaskan bahawa tindakan tersebut adalah selaras dengan hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Menyifatkannya sebagai ‘belum pernah berlaku sebelum ini’ atau ‘konflik kepentingan yang jelas’ adalah tafsiran dangkal,” katanya mendakwa Ahli Parlimen Pagoh itu gagal memahami perkara asas dalam sistem perundangan negara.

“Untuk seorang anggota veteran legislatif negara seperti beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu amat memalukan dan tidak patut,” katanya.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok