ASEAN-China perkukuh kerjasama, COC Laut China Selatan hampiri penyelesaian

ASEAN menyatakan keyakinan bahawa rundingan berhubung Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat, berikutan momentum positif yang ditunjukkan dalam perbincangan bersama pihak berkepentingan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ASEAN mengalu-alukan kemajuan yang dicapai dalam rundingan itu dan berharap ia akan diteruskan secara konsisten serta disokong dengan komitmen penuh daripada semua pihak yang terlibat.

“Keamanan global dilihat semakin rapuh dengan ketara, yang menuntut kita menggandakan usaha bagi memastikan keamanan dan kestabilan di rantau kita terus terpelihara.

“Jadi, kita mesti memastikan ketegangan geopolitik tidak meningkat atau mengancam keselamatan dan perdagangan global di Laut China Selatan.

“Justeru, ASEAN menggesa semua pihak menguruskan situasi di Laut China Selatan dengan kebijaksanaan dan penuh berhati-hati,” katanya berucap mempengerusikan Persidangan Pasca Menteri ASEAN dengan China, sempena Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Mohamad turut menyatakan penghargaan ASEAN terhadap kesediaan China untuk menjadi Negara Senjata Nuklear (NWS) pertama yang menandatangani dan meratifikasi Protokol kepada Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) tanpa sebarang syarat.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai langkah penting ke hadapan yang mencerminkan kepimpinan dan komitmen China terhadap usaha menjadikan Asia Tenggara bebas daripada ancaman senjata nuklear, khususnya dalam suasana kebimbangan global yang semakin meningkat terhadap retorik senjata nuklear.

Tambahnya, dari segi kerjasama ekonomi, beliau memaklumkan bahawa ASEAN dan China terus mengekalkan status sebagai rakan dagang terbesar antara satu sama lain bagi tahun keempat berturut-turut, dengan jumlah dagangan dua hala mencecah AS$770.94 bilion (RM3.28 trilion) pada tahun 2024.

Angka tersebut merupakan peningkatan sebanyak 10.61 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Namun begitu, katanya, kedua-dua pihak digesa supaya terus berwaspada terhadap ancaman terhadap sistem perdagangan terbuka, adil dan berasaskan peraturan yang kini semakin mencabar.

“Dalam konteks ini, pemeteraian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN–China 3.0 (ACFTA 3.0) yang dijadualkan dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini amatlah tepat pada masanya. Ia bakal memperkukuh kerjasama dan daya tahan ekonomi kita dalam menghadapi ketidaktentuan global,” katanya lagi.

Sebagai Penyelaras Negara bagi Hubungan Dialog ASEAN–China, beliau berkata, Malaysia komited untuk terus bekerjasama rapat dengan negara anggota ASEAN dan China dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat di rantau ini.

Related Posts

SPRM sambung reman bekas CEO Tabung Haji sehingga 30 Ogos

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapatkan kebenaran untuk menyambung tempoh reman terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan wang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 gagal dihubungi, kerajaan gembleng ikhtiar pastikan keselamatan rakyat Malaysia di Nepal

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal serta agensi berkaitan susulan bencana banjir kilat yang berlaku di Nepal. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sulong masuk hutan Kelantan, Perhilitan pantau guna dron

Sulong masuk hutan Kelantan, Perhilitan pantau guna dron

Jangan bergantung harap dana dari langit

Jangan bergantung harap dana dari langit

Azmin sertai PKR, ‘ada orang jemput ke’

Azmin sertai PKR, ‘ada orang jemput ke’

PRN Melaka: PH-BN dijangka tentukan hala tuju sebelum Hari Malaysia

PRN Melaka: PH-BN dijangka tentukan hala tuju sebelum Hari Malaysia

SPRM sambung reman bekas CEO Tabung Haji sehingga 30 Ogos

SPRM sambung reman bekas CEO Tabung Haji sehingga 30 Ogos

Isu premis judi salah sendiri, Sanusi usah cuba alih tiang gol

Isu premis judi salah sendiri, Sanusi usah cuba alih tiang gol