Lelaki ditahan miliki syabu bernilai lebih RM7,000

KUCHING – Polis menahan dua lelaki tempatan dalam dua serbuan berasingan membabitkan rampasan dadah jenis syabu bernilai keseluruhan lebih RM8,000 di sekitar Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, dalam serbuan pertama pada jam 12.20 tengah hari di kawasan Tabuan Dusun, sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kuching menahan seorang lelaki berusia 39 tahun.

“Hasil pemeriksaan menemukan kira-kira 5.10 gram syabu yang dianggarkan bernilai RM561.00. Suspek turut didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Tambah beliau, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau kini direman selama tiga hari sehingga 12 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta tidak kurang tiga sebatan dan maksimum sembilan sebatan,” ujarnya.

Dalam serbuan kedua pula, beliau berkata, sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak menahan seorang lelaki berusia 46 tahun di sebuah rumah di Stampin Baru sekitar jam 8.10 malam.

“Serbuan tersebut membawa kepada penemuan 70.50 gram syabu dianggarkan bernilai RM7,750.00. Suspek juga positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” jelasnya.

Menurut beliau, suspek turut tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau dan kini direman lima hari sehingga 14 Julai bagi siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan mereka.

“Tindakan segera daripada masyarakat amat penting dalam usaha membanteras kegiatan yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan komuniti,” tegasnya.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi