Rel sistem wagon Perang Dunia Kedua kini catat sejarah baharu arkeologi P.Pinang

GEORGE TOWN – Pulau Pinang sekali lagi mencatat sejarah arkeologi apabila sepasang rel keluli yang dipercayai tinggalan sistem pengangkutan ‘wagon’ era Perang Dunia Kedua ditemui tertanam di bawah jalan moden bersebelahan Fort Cornwallis.

Penemuan yang tidak dijangka itu berlaku pada 26 Jun lalu ketika kerja-kerja menaik taraf laluan pejalan kaki dan landskap dilakukan di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, berhampiran benteng barat laut kubu bersejarah tersebut.

Rel sepanjang lebih 7.4 meter itu dikesan lengkap dengan susunan ‘sleeper’ asal, menjadi bukti fizikal yang signifikan kepada infrastruktur logistik ketenteraan silam di tengah-tengah bandar warisan George Town.

Menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, penemuan rel ini bukan sekadar mengejutkan pasukan projek yang sedang menjalankan kerja-kerja konservasi di sekitar Fort Cornwallis, malah membuka satu lagi dimensi penting dalam pemahaman sejarah pertahanan dan peranan strategik pulau ini semasa era peperangan.

“Ini adalah satu penemuan luar biasa sesuatu yang langsung tidak dijangka ketika projek ini bermula.

“Ia menambah satu dimensi baharu dalam pemahaman kita terhadap Fort Cornwallis dan kawasan sekitarnya,” katanya pada sidang akhbar di lokasi penemuan rel tersebut di Fort Cornwallis di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata, rel tersebut dipercayai sebahagian daripada sistem pengangkutan ringan yang dibina pihak British dan mungkin digunakan secara aktif oleh tentera Jepun semasa perang untuk mengangkut peluru, makanan serta minyak dari pelabuhan ke gudang penyimpanan di sekitar Esplanade dan Fort Cornwallis.

Related Posts

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

KOTA KINABALU – Belanjawan 2027 perlu beralih daripada pendekatan pemberian bantuan kepada usaha membina keupayaan ekonomi rakyat dan negeri secara lebih menyeluruh serta berterusan. Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Penambahbaikan kelayakan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang tidak lagi terikat sepenuhnya kepada pemilik berdaftar merupakan langkah positif kerana lebih menepati realiti penggunaan kenderaan di Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China