RUU tambah kerusi DUN Sarawak diluluskan

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) DUN (Komposisi Keanggotaan) 2025 yang menyaksikan pertambahan kerusi daripada 82 kepada 99.

RUU berkenaan diluluskan selepas menerima sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan diumumkan oleh Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar.

Seramai 31 ADUN mengambil bahagian dalam sesi perbahasan, terdiri daripada 29 wakil kerajaan dan dua wakil pembangkang sebelum kelulusan diberikan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika membentangkan bacaan kali ketiga berkata, langkah ini penting bagi memastikan wakil rakyat dapat menyuarakan kehendak rakyat secara lebih adil dan menyeluruh.

“DUN ini mesti kekal dinamik dan responsif terhadap perubahan demografi serta permintaan rakyat untuk perwakilan yang lebih saksama. Ia demi memastikan institusi ini terus mencerminkan suara dan aspirasi seluruh rakyat Sarawak,” kata  beliau merangkap ADUN Asajaya pada Mesyuarat Khas DUN pada Isnin.

Menurut beliau, pertambahan 17 kerusi bukan sekadar penyempadanan semula, sebaliknya langkah memperkukuh keupayaan pentadbiran negeri dalam merancang pembangunan mengikut keperluan setiap kawasan.

Beliau turut menolak dakwaan dua ADUN DAP yang menyifatkan RUU itu sebagai usaha memperkukuh kedudukan Parti Gabungan Sarawak (GPS).

“Kerajaan Sarawak tidak mempunyai kuasa menentukan lokasi kerusi baharu kerana ia tertakluk sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” tegasnya

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi