Tawau lonjak perikanan Sabah, sumbang lebih 94,000 tan metrik hasil laut, akuakultur 2024

TAWAU mencatatkan sumbangan sebanyak 13.5 peratus atau lebih 27,000 metrik tan hasil perikanan tangkapan dan 27.3 peratus atau 67,000 metrik tan daripada sektor akuakultur sepanjang tahun 2024.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata,
angka ini membuktikan sektor perikanan Tawau berpotensi besar dan semakin berkembang pesat.

“Ini termasuk penternakan udang, ikan marin, kerang-kerangan serta aktiviti perikanan air tawar yang dapat menjana peluang ekonomi kepada komuniti luar bandar,” katanya semasa berucap pada Majlis perasmian Road To Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tawau 2025, di sini, pada Sabtu.

Menurut Arthur, Kementeriannya menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa berusaha untuk memastikan kebajikan para nelayan dijaga.

Katanya, komitmen tersebut dimanifestasi melalui pelbagai insentif antaranya Elaun Sara Hidup Nelayan yang memberi manfaat kepada lebih 38,000 nelayan seluruh negara termasuk 7,496 orang nelayan di Sabah.

“Skim subsidi diesel dan petrol yang bermula dari tahun 2006 juga masih diteruskan sehingga kini dan memanfaatkan lebih 5,600 nelayan negeri ini dengan manfaat subsidi sebanyak RM1.65 seliter.

“Selain itu, bantuan untuk meningkatkan produktiviti nelayan B40, membina dan menaiktaraf fasiliti komuniti nelayan, membaik pulih dan bina baharu rumah untuk nelayan laut B40 serta Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan serta Skim Perlindungan Keselamatan Nelayan turut diperuntukkan,” katanya.

Bagi meningkatkan produktiviti nelayan B40 di Tawau, sebanyak RM450,000 telah disalurkan kepada 34 penerima bagi pembelian pukat, tong insulasi dan jaket keselamatan, dengan peruntukan purata RM34,000.

“Sebanyak RM2 juta turut diperuntukkan di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) untuk membaik pulih rumah nelayan yang layak di Sabah dengan RM300,000 daripadanya disalurkan ke Tawau, memberi manfaat kepada 15 keluarga.

“Bagi pembangunan fasiliti nelayan, lima buah bangsal dan titian di seluruh negeri telah dibaik pulih melibatkan peruntukan RM250,000 termasuk satu projek di Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau yang menelan belanja RM50,000.

“Skim Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan (TBBAKN) telah menyalurkan bantuan berjumlah RM99,650 sehingga Mei 2025, memberi manfaat kepada 74 nelayan yang terjejas akibat kemalangan, kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa,” tambahnya.

Arthur berkata, kesemua insentif-insentif terbabit membuktikan penghargaan pihak kerajaan yang menghargai usaha nelayan di samping membawa industri perikanan ke satu tahap yang lebih tinggi demi memastikan nelayan terbela dan sekuriti makanan terpelihara.

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX