Parti tempatan penting jamin hak Sabah terpelihara – Armizan

TENOM – Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan kepentingan memastikan parti tempatan terus menjadi teras kepada Kerajaan Negeri Sabah demi menjamin kepentingan hak negeri terus terpelihara dan dipertahankan.

Perkara itu ditekankan Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali ketika berucap dalam Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) DUN Melalap.

Menurut Armizan, contoh terbaik boleh dilihat melalui perbezaan penggubalan Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 dan Akta Laut Wilayah (TSA) 2012.

Jelasnya, penggubalan Akta CCUS 2025 yang terhad kepada semenanjung Malaysia sahaja menunjukkan bukti keberkesanan pendekatan hubungan antara kerajaan (inter-governmental) dan bukannya intra parti (intra-party).

“Oleh itu, teras kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlulah datangnya daripada parti yang berbeza.

“Bentuk hubungan inilah yang mendasari hubungan di antara teras Kerajaan Persekutuan pada hari ini iaitu Pakatan Harapan (PH) dan teras Kerajaan Negeri iaitu GRS.

“Teras kepada pusat adalah parti nasional dan teras kepada negeri adalah parti lokal,” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, antara bukti jelas kepentingan model politik ini adalah melalui penggubalan Akta CCUS 2025 yang telah diluluskan di Parlimen pada Mac 2025 lepas.

“Pada peringkat awal perancangan pemakaian Rang Undang-Undang (RUU) CCUS adalah untuk seluruh Malaysia.

“Namun, Kabinet Persekutuan bersetuju supaya RUU tersebut dipinda kepada pemakaian hanya untuk Semenanjung Malaysia dan Labuan setelah mendengar pandangan Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui GRS dan Kerajaan Negeri Sarawak yang diterajui GPS,” katanya.

Beliau turut membandingkan situasi tersebut dengan penggubalan TSA 2012 yang mengehadkan kuasa negeri kepada hanya tiga batu nautika dari pesisir pantai.

“Akta TSA diluluskan tanpa rujukan kepada DUN Sabah. Malangnya ramai Ahli Parlimen dan pemimpin Sabah ketika itu adalah sebahagian daripada parti nasional dan tidak mempertikaikan akta tersebut di Parlimen,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sangat komited dalam mengiktiraf kedudukan khas Sabah dan Sarawak sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita tidak menolak parti nasional dan hakikatnya Kerajaan Negeri Sabah juga dianggotai oleh Ahli Jemaah Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PH.

“Namun, penting untuk dipastikan teras kepada Kerajaan Negeri adalah parti lokal untuk memastikan kepentingan negeri menjadi agenda paling utama,” ujarnya.

Related Posts

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

TAWAU – Sistem pengurusan hospital di negeri ini terus diperkemas bagi menangani isu kesesakan pesakit serta mengurangkan tempoh menunggu untuk mendapatkan rawatan, sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

SHAH ALAM – Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, selaras dengan ketetapan pihak berkuasa. Exco Kesihatan Awam dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

  • By Fatin
  • September 7, 2026
Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200