Borneo Fittest 2025 gegar Kuching, tarik lebih 100 pasukan termasuk antarabangsa

KUCHING – Acara kecergasan terbesar di Borneo, Borneo Fittest 2025, yang berlangsung pada 28 hingga 29 Jun lalu di Dewan Serbaguna Kuari Ang Cheng Ho, Batu Kawah, menyaksikan penyertaan paling ramai sejak ia dianjurkan.

Lebih 100 pasukan dari seluruh Malaysia, Brunei, dan Singapura berhimpun dalam pertandingan yang penuh bertenaga, menonjolkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan kecintaan terhadap gaya hidup sihat.

Acara yang mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini bukan sekadar pertandingan, tetapi menjadi platform mengangkat Sarawak sebagai destinasi baharu pelancongan kecergasan antarabangsa.

Antara tarikan utama ialah persembahan DJ Krizknight yang membakar semangat peserta dan penonton, aktiviti vendor yang interaktif, serta suasana acara yang penuh dengan sorakan dan kemeriahan.

Dalam kategori terbuka, pasukan Long Black dari Kuala Lumpur muncul juara, diikuti TST Bench Warmers dari Singapura di tempat kedua dan Azskylex dari Kota Kinabalu di tempat ketiga.

Manakala dalam kategori pertengahan, pasukan DNF dari Brunei dinobatkan juara, diikuti One Last Stand dari Kuala Lumpur dan Poland Teh Tarik dari Kota Kinabalu.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, manakala KBS turut diwakili oleh pegawainya.

Acara ini turut mendapat kerjasama daripada pelbagai penaja termasuk REWOD, Roxy Hotel, Big Pharmacy, Sunday Shades, Mayflower Car Rental Kuching, Recharge Saradise, dan Ease Storage Sarawak. Sokongan padu juga diberikan oleh gim rasmi CrossFit Kuching dan Vortex Fitness Bintulu.

Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua atlet, penonton, sukarelawan, vendor, dan rakan penaja yang menjayakan acara ini, yang kini terus memperkukuh kedudukannya sebagai acara kecergasan terulung di rantau Borneo.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM