Sarawak sasar bangunkan ekosistem kesihatan lengkap – Dr Sim

KUCHING – Pembedahan plastik bukan sekadar untuk tujuan kecantikan sebaliknya memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan dan pemulihan mangsa kebakaran.

Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, teknologi pembedahan plastik masa kini berupaya membantu pesakit yang mengalami kecederaan serius akibat kebakaran untuk menjalani rawatan pemulihan dengan lebih efektif sekali gus meningkatkan kualiti hidup mereka.

“Kita sering anggap pembedahan plastik berkait dengan kecantikan, namun bagi pesakit yang terjejas akibat kebakaran, ia adalah satu keperluan. Di Hospital Umum Sarawak (HUS), kita menerima banyak kes mangsa melecur setiap tahun,” kata beliau merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan 5th International Burn and Wound Conference yang berlangsung di hotel terkemuka di Kuching pada Jumaat.

Tambah Dr. Sim, konferens tersebut menjadi platform penting untuk pakar dari dalam dan luar negara berkongsi pengetahuan terkini mengenai rawatan luka dan kecederaan termasuk perkembangan dalam teknologi pembedahan plastik.

Jelas beliau, sebuah syarikat dari Amerika Syarikat akan membuka sebuah kilang pengeluaran kolagen berteknologi tinggi di Kuching untuk kegunaan rawatan luka dan penyembuhan tisu.

“Mereka telah bertemu dengan Premier Sarawak dan juga saya. Nilai pelaburan dijangka antara AS$20 juta hingga AS$40 juta dan kilang ini akan memperkukuh industri rawatan luka di negeri ini,” ujarnya.

“Ini bukan sahaja akan memperkasa sistem kesihatan kita, malah membuka peluang kepada pembangunan sektor ekonomi berasaskan kesihatan yang berpotensi untuk berkembang sehingga mencecah nilai berbilion ringgit,” katanya.

Persidangan selama beberapa hari itu menghimpunkan pakar bedah, penyelidik, jururawat dan paramedik dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Taiwan, Bangladesh dan India.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan