PH Sabah perkemas persiapan PRN, tetapkan tiga fokus utama – Saifuddin

KOTA BELUD – Pakatan Harapan (PH) Sabah kini giat dalam memperkemas persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang dengan menumpukan tiga aspek utama.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, persiapan itu sudah dibincang dalam mesyuarat PH Sabah pada Khamis bersama Pengerusinya Datuk Ewon Benedick serta barisan Ahli Majlis Tertinggi PH Sabah.

“Mesyuarat tersebut menumpukan tiga aspek utama persiapan pilihan raya yang melibatkan perundingan kerusi, pembentukan jentera PRN dan penyediaan manifesto.

“Kita bersetuju bahawa kita kena ada satu garis masa parti-parti dalam PH kena menyelesaikan soal perundingan kerusi.

“Selain itu kita akan tumpukan fokus kepada pembentukan jentera pilihan raya yang kuat dan mantap selain menyedia manifesto PH,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di Sekolah Kebangsaan Pangkalan Abai, di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Saifuddin juga berpuas hati dengan kemajuan perundingan yang dicapai dan bagi setiap tugasan yang diberikan perundingan kerusi, pembentukan manifesto dan penubuhan jentera.

“Kami bersetuju ada garis masa yang perlu mereka patuhi dan saya sendiri akan turun dengan lebih kerap bagi memastikan semua keputusan dalam mesyuarat PH itu dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin engan mengulas lanjut kenyataan dikeluarkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud yang menyentuh mengenai kemungkinan perubahan landskap politik susulan skandal rasuah.

“Yang itu saya tak mahu komen dulu, tugas saya sebagai Ketua Setiausaha PH fokus kepada persiapan pilihan raya. Selesaikan dulu kerja rumah dalam PH,” tegasnya.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Agong titah siasatan ‘sehingga ke lubang cacing’

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menitahkan supaya siasatan susulan berhubung Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) dilaksanakan secara menyeluruh tanpa melindungi mana-mana pihak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
33 bulan PN berkuasa, RCI Tabung Haji sepatutnya boleh didedah lebih awal – Penganalisis

KELEWATAN mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) selepas 33 bulan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) seharusnya dipersoalkan, kata Fello Majlis Profesor Negara, Prof Dr Azmi Hassan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarikei perlu perkasa kemudahan kesihatan, pendidikan dan sukan

Sarikei perlu perkasa kemudahan kesihatan, pendidikan dan sukan

JKKK Penampang diseru bersatu jayakan Pelan Induk Pembangunan 2024–2035

JKKK Penampang diseru bersatu jayakan Pelan Induk Pembangunan 2024–2035

RCI Tabung Haji: Agong titah siasatan ‘sehingga ke lubang cacing’

RCI Tabung Haji: Agong titah siasatan ‘sehingga ke lubang cacing’

AMK persoal pendirian BN tuntut 21 kerusi PRN Melaka

AMK persoal pendirian BN tuntut 21 kerusi PRN Melaka

33 bulan PN berkuasa, RCI Tabung Haji sepatutnya boleh didedah lebih awal – Penganalisis

33 bulan PN berkuasa, RCI Tabung Haji sepatutnya boleh didedah lebih awal – Penganalisis

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf