17 mesin kripto dirampas, kecurian elektrik RM7,000 sebulan dibongkar

MIRI – Kegiatan perlombongan mata wang kripto secara haram yang menyebabkan kerugian elektrik dianggarkan RM7,000 sebulan terbongkar selepas serbuan dijalankan Sarawak Energy Berhad (SEB) bersama polis di sebuah rumah kediaman.

Dalam operasi yang dijalankan baru-baru ini, pasukan penguat kuasa menemukan sebanyak 17 unit server perlombongan kripto yang beroperasi tanpa meter elektrik sah, dipercayai disambung terus dari pencawang utama menggunakan kabel khas bagi mengelak caj bil.

Jurucakap SEB berkata sambungan secara haram itu bukan sahaja menyebabkan kerugian kewangan kepada syarikat utiliti dan pengguna lain, malah turut menimbulkan risiko keselamatan.

“Perlombongan kripto memerlukan penggunaan elektrik yang tinggi secara berterusan. Pendawaian tidak sah ini boleh mengakibatkan kerosakan infrastruktur dan membahayakan keselamatan penduduk,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kesemua peralatan perlombongan termasuk kabel penyambungan telah dirampas untuk siasatan lanjut, manakala pemilik premis akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200,000 atau penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

SEB dalam pada itu menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat sekiranya mengesan aktiviti mencurigakan berkaitan kecurian atau penyambungan elektrik haram.

Orang ramai boleh menghubungi talian 1300-88-3111 atau e-mel customercare@sarawakenergy.com.my dan segala maklumat akan dirahsiakan.

Related Posts

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

KUANTAN – Seorang remaja sedang melakukan aksi ‘wheelie’ antara 65 ditahan ketika Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar bandar raya ini, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka