Polis Kuantan lupus bom lama ditemui kontraktor

KUANTAN – Objek dipercayai bom lama yang ditemui di kawasan tapak projek perumahan di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh, dekat sini, semalam, berjaya dimusnahkan pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, operasi pemusnahan bom jenis ‘aerial bomb’ seberat kira-kira 250 kilogram itu dilakukan dengan selamat pada jam 10 pagi.

Katanya, tindakan memusnahkan bom itu menggunakan kaedah ‘low order’.

“Kaedah itu digunakan berdasarkan penilaian risiko dilakukan Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

“Ia bagi mengurangkan kesan gegaran terhadap kediaman penduduk berhampiran yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi bom,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Adli berkata, bom lama itu ditemui pada jam 2.50 petang semalam oleh kontraktor projek perumahan di situ yang memaklumkan kepada pihak polis.

“Susulan maklumat diterima, sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi bagi tujuan kawalan keselamatan dan siasatan awal, sebelum langkah pemusnahan dijalankan,” katanya.

Related Posts

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

LIMBANG – Sebuah keluarga di bandar ini berdepan detik cemas apabila sebahagian bumbung kediaman mereka diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut, kira-kira jam 2 petang pada Khamis. Insiden tersebut memusnahkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

SIPITANG – Yayasan Petronas melancarkan Hab STEM Program Duta Guru (PDG) di Pusat Kegiatan Guru Sipitang dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), khususnya dalam kalangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

Sabah, KUSKOP mantapkan pembangunan PMKS dan koperasi

  • By Ezmie
  • August 20, 2026
Sabah, KUSKOP mantapkan pembangunan PMKS dan koperasi

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan