Dua maut, pacuan empat roda rempuh belakang lori muatan baja

KUALA KANGSAR – Dua lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan baja di Kilometer 253, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kedua-dua mangsa berusia 22 dan 25 tahun itu yang merupakan pemandu dan penumpang kenderaan terbabit, tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.51 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dengan bantuan BBP Kuala Kangsar dikerahkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda jenis Ford yang merempuh bahagian belakang lori Hino lima tan.

“Dua lelaki dari kenderaan pacuan empat roda itu tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkan mayat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok