Lelaki ditahan cubaan cabul wanita

KUCHING – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun telah ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam satu kes cubaan mencabul kehormatan seorang wanita tempatan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 34 tahun yang mendakwa kejadian berlaku kira-kira jam 7.15 pagi pada 30 Jun 2025 di kawasan Jalan Sultan Tengah.

Menurut mangsa, seorang lelaki tidak dikenali telah cuba menyapanya dari arah belakang secara mencurigakan.

Susulan maklumat yang diterima, sepasukan anggota polis berjaya mengesan dan menahan suspek di kawasan berhampiran Taman Sukma pada jam 6.15 petang hari yang sama.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah. Semakan lanjut juga menunjukkan lelaki berkenaan mempunyai dua rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan media.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian ini supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat kes, Penolong Penguasa Polis Suziana Suleiman di talian 016-8009244.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX