Seorang warga emas maut dalam satu kebakaran di Lawas

LAWAS – Seorang warga emas maut manakala dua lagi selamat dalam kebakaran yang membabitkan sebuah rumah di kawasan pinggir bandar Lawas pada awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, kebakaran yang berlaku sekitar jam 04.18 pagi Jumaat, mangsa yang maut merupakan seorang lelaki yang berumur 89 tahun manakala dua lelaki yang selamat masing-masing berumur 32 dan 31 tahun.

“Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kebakaran yang melibatkan sebuah rumah teres separuh kekal yang berada di belakang kedai AB Motor,” jelasnya.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan dua aliran hos yang mana sumber air diperoleh dari pam jentera. 

Menurutnya, setelah hampir dua jam memadam kebakaran, api akhirnya berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6 pagi. Mayat warga emas yang rentung tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

IPOH – Perak menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini melancarkan Kios Kesihatan Pintar SIHAT AI, inisiatif berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

ALOR SETAR – Tiga sekeluarga termasuk dua pengarah syarikat pengeluar dan pemproses padi serta beras ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas