Pengecualian SST kepada PMKS terpilih bukti kerajaan prihatin

TINDAKAN kerajaan memberikan pengecualian mendaftar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terpilih membuktikan keprihatinan pihak berkenaan.

Pengerusi Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ini kerana pihak kerajaan sedar akan kepentingan sektor terbabit selain ia meliputi kebajikan pengusaha khususnya mereka yang terlibat dalam PMKS secara kecil-kecilan.

Menurut beliau, pelaksanaan SST melibatkan perniagaan berskala besar yang meraih keuntungan tinggi adalah wajar memadangkan kumpulan terbabit turut menerima pelbagai inisiatif bersesuaian daripada pihak kerajaan dalam merancakkan perniagaan mereka.

“Sektor PMKS merupakan tulang belakang ekonomi negara mewakili 97 peratus daripada keseluruhan perniagaan dan menggajikan hampir separuh tenaga kerja tempatan.

“Seiring pendekatan bersasar Kerajaan MADANI dalam peluasan dan semakan semula skop SST, komitmen jelas ditunjukkan dalam usaha melindungi kelangsungan PMKS.

“Sebagai langkah sokongan, syarikat yang menjalankan aktiviti pengilangan atau enam jenis perkhidmatan baharu tidak diwajibkan mendaftar SST sekiranya belum mencapai ambang jualan RM500,000 atau RM1.5 juta menjelang Julai ini,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, SST hanya perlu dilakukan sekiranya perniagaan melepasi ambang tersebut.

Katanya, ia sekaligus mencerminkan keprihatinan kerajaan bagi mengelakkan bebanan terhadap golongan peniaga kecil.

“Enam perkhidmatan yang dikecualikan cukai kepada PMKS terpilih adalah sewaan, kerja pembinaan, kewangan, jagaan kesihatan swasta, pendidikan swasta, dan kecantikan.

“Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh melayari laman web https://mysst.customs.gov.my mulai 1 Ogos nanti bagi mengetahui keperluan pendaftaran dan proses berkenaan,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok