Tiada penutupan jalan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN

TIADA sebarang penutupan jalan akan dilaksanakan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang dijadualkan berlangsung dari 8 hingga 11 Julai ini di ibu negara.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini.

“Tidak (tiada penutupan jalan) untuk acara (Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58) tersebut tapi ada penutupan jalan bagi Sidang Kemuncak ASEAN bersama Rakan Dialog.

“Insya-Allah (penutupan jalan) pada hujung Oktober dan maklumat lanjut akan dimaklumkan menjelang tarikh tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi sidang media mingguan di Putrajaya pada Khamis.

Sidang Kemuncak ASEAN bersama Rakan Dialog yang dijadualkan pada Oktober depan akan melibatkan mesyuarat antara negara-negara ASEAN dan 10 negara rakan dialog, termasuk China, Korea Selatan, Jepun, Australia dan Amerika Syarikat.

Antara mesyuarat yang akan diadakan ialah Mesyuarat ASEAN Plus Three, ASEAN Plus One, Sidang Kemuncak Asia, dan Forum Serantau ASEAN (ARF), selain mesyuarat dua hala antara negara-negara yang terlibat.

Sebelum ini, satu latihan raptai berskala besar melibatkan kawalan lalu lintas dan penutupan jalan telah dijalankan sebagai persiapan bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada tahun 2025.

Latihan tersebut melibatkan lima lebuh raya dan 25 laluan utama di sekitar Kuala Lumpur.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar