Warisan Bisaya diserlahkan di Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2025

LIMBANG – Pesta Babulang dan Lumba Kerbau edisi ke-20 kembali mewarnai daerah Limbang dengan pelbagai aktiviti kebudayaan, sukan rakyat dan persembahan tradisi yang menampilkan keunikan adat masyarakat Bisaya.

Program yang berlangsung dari 26 hingga 29 Jun 2025 ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Sarawak serta Persatuan Bisaya Sarawak dengan bertemakan ‘Sapakat Nagap Adat’ yang membawa maksud bersatu memperkuatkan adat.

Antara pengisian utama ialah pertandingan lumba kerbau, Majlis Nakod Babulang, persembahan budaya, pertandingan bot kawalan jauh, autoshow dan pelbagai aktiviti komuniti seperti walk-run, pameran agensi serta jualan usahawan tempatan.

Pesta ini turut memperkenalkan kempen #PestaTanpaSampah sebagai usaha memelihara kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Acara kemuncak berlangsung pada 28 Jun 2025 dengan Majlis Perasmian Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2025 serta pertandingan akhir tarik tali dan pelbagai persembahan malam kebudayaan yang dijangka menarik kehadiran ribuan pengunjung dari dalam dan luar negeri.

Penganjuran Pesta Babulang bukan sahaja memperkukuh jati diri komuniti Bisaya, malah turut memainkan peranan penting dalam menyatupadukan masyarakat majmuk dan mempromosikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan budaya.

Related Posts

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyimpan dan menjual rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Binjai Manis, petang semalam. Pasukan Gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki membawa masuk secara haram 2,400 anak pokok pelbagai jenis dari Thailand menggunakan sebuah lori gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Lubok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan