Program Thalatha Tis’a dilancar di tiga Taska KEMAS Terengganu

DUNGUN — Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Terengganu memulakan program perintis Thalatha Tis’a di tiga taska terpilih sebagai usaha melahirkan generasi celik al-Quran seawal usia 3 tahun.

Seramai 100 kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun terlibat dalam program ini sejak Februari lalu, menggunakan modul khas dari Indonesia.

Mereka dibimbing oleh guru taska bersama tiga tenaga pengajar pakar al-Quran dari Indonesia.

Pengerusi Komuniti KEMAS negeri, Datuk Rozi Mamat berkata, objektif utama program ini ialah memastikan kanak-kanak mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran sebelum berumur 9 tahun, di samping menguasai kemahiran membaca, menulis dan bahasa Arab.

Tiga taska perintis ialah Taska KEMAS 2 Setia di Bandar Al Muktafi Billah Shah (Dungun), Taska KEMAS PPAK Gong Kepas (Besut) dan Taska KEMAS PAKR Kuala Telemong (Hulu Terengganu).

Menurut Rozi, pihaknya menyasarkan setiap lapan Parlimen di Terengganu memiliki sekurang-kurangnya satu taska pelaksana Thalatha Tis’a menjelang tahun hadapan, sebelum diperluas ke seluruh Taska KEMAS di negeri ini.

Program ini dirasmikan di Dungun dengan kehadiran Pengarah KEMAS Negeri, Dr Faridah Mat dan Penaung Program, Tan Sri Idris Jusoh.

Related Posts

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN  

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat.   Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKKP Selangor keluar notis larangan tapak bina kilang susulan dua pekerja maut

SHAH ALAM – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor mengeluarkan notis larangan di sebuah tapak pembinaan kilang di Kuala Langat susulan kemalangan maut yang mengorbankan dua pekerja warga asing 28 Julai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN  

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN  

Trump harap penyelesaian diplomatik rungkai konflik AS-Iran

Trump harap penyelesaian diplomatik rungkai konflik AS-Iran

JKKP Selangor keluar notis larangan tapak bina kilang susulan dua pekerja maut

JKKP Selangor keluar notis larangan tapak bina kilang susulan dua pekerja maut

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

Sarawak, Sabah kekal ‘kingmaker’ politik negara – Abdul Karim

Sarawak, Sabah kekal ‘kingmaker’ politik negara – Abdul Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim