Suspek korek pasir atas tanah kerajaan Pahang didenda RM100,000

KUANTAN – Seorang lelaki didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Raub selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menduduki tanah milik kerajaan negeri Pahang di Sungai Cherpai, Bentong tanpa kebenaran sah.

Tertuduh, Cheng Choon Foo, 48, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Hasmadi Mahyudin.

Mengikut kertas pertuduhan, Choon Foo didakwa menduduki tanah milik kerajaan Pahang pada koordinat (U 3˚25’50.46” T 102˚1’36.25”), di Sungai Cherpai, Mukim Sabai, dekat Bentong, tanpa kebenaran sah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 11 pagi pada 30 November 2023.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara (Pindaan 2020) [Akta 828], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ketika serbuan, anggota operasi menemui satu kawasan simpanan stok pasir serta tapak pengorekan pasir sungai di koordinat dinyatakan, yang disyaki berada di atas tanah kerajaan.

Seorang lelaki, Cheng Choon Foo, kemudian hadir dan mengaku sebagai pengusaha pasir di kawasan itu.

Dia turut menunjukkan satu dokumen permit 4B kepada pasukan operasi, namun hasil semakan mendapati kawasan korekan berada di luar kawasan diluluskan permit tersebut.

Related Posts

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Pengamal media di Sabah diharap terus menjadi rakan strategik kerajaan dalam menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat, khususnya berkaitan pelaksanaan inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0. Pengerusi Sekretariat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

TAWAU – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di daerah ini perlu disegerakan dan diperbanyakkan bagi menangani isu banjir berulang yang semakin membimbangkan khususnya di beberapa kawasan berisiko. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang