Persidangan khas DUN Sarawak pada 7 Julai 2025

KUCHING – Satu sesi Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan berlangsung pada 7 Julai 2025, susulan permohonan rasmi daripada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, persidangan tersebut diadakan mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 8(3) dan notis rasmi telah pun diedarkan kepada kesemua 82 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menghadiri sesi tersebut.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa sehingga kini tiada sebarang Rang Undang-Undang (RUU) diterima untuk dibentangkan dalam sidang berkenaan.

“Setakat ini, pejabat saya belum menerima sebarang dokumen RUU. Oleh itu, sebarang spekulasi mengenai isi kandungan persidangan tidak dapat disahkan,” jelas beliau dalam sidang media selepas merasmikan Program Parlimen Mahasiswa Penggal Ketiga Siri 1 di sini, pada Rabu.

Tambah beliau, sebarang dokumen berkaitan sidang khas yang diterima sebelum tarikh ditetapkan akan dikongsikan melalui pra-majlis rasmi dan sidang media khas bagi menjelaskan tujuan serta intipati persidangan kepada umum dan media.

Ketika diminta mengulas kemungkinan sidang itu berkaitan isu persempadanan semula kawasan pilihan raya, beliau menegaskan bahawa pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara tersebut kerana belum menerima sebarang dokumen rasmi berkaitan.

“Saya tidak menolak kemungkinan perkara itu dibincangkan, tetapi tanpa dokumen yang sah, saya tidak boleh memberi sebarang pengesahan atau ulasan lanjut,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa belum ada kepastian mengenai penambahan atau pengurangan kerusi DUN dan hanya akan diketahui setelah menerima draf rasmi berkaitan.

“Jika ada penambahan atau pengurangan kerusi, ia hanya boleh dipastikan selepas saya menerima draf RUU berkaitan. Buat masa ini, saya tidak berada dalam posisi untuk membuat kenyataan lanjut,” ujarnya lagi.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

KUANTAN – Liga Rakyat Pahang 1st Piala Sultan Abdullah yang julung kali diperkenalkan menjadi platform baharu dalam usaha kerajaan negeri menyemarakkan semula sukan bola sepak negeri ini. Exco Komunikasi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

KUANTAN – Lebih 30,000 penonton memeriahkan pelancaran Liga Bola Sepak Rakyat Pahang Edisi Pertama, sempena merebut Piala Al-Sultan Abdullah 2026 di Stadium Darul Makmur, di sini malam tadi. Kemeriahan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

Proses turun takhta Yang di-Pertuan Besar langgar tujuh tegahan Adat Pepatih, ketepikan peranan Ibu Soko

Proses turun takhta Yang di-Pertuan Besar langgar tujuh tegahan Adat Pepatih, ketepikan peranan Ibu Soko

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal