18 PATI warga Pakistan ditahan dalam Ops Sapu di Kinabatangan

KINABATANGAN – Seramai 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Pakistan ditahan dalam satu operasi khas dikenali sebagai Ops Sapu yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di sekitar daerah ini, pada Ahad.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi JIM Sabah, operasi berkenaan melibatkan seramai 21 pegawai penguat kuasa dari JIM Sandakan yang telah menjalankan pemeriksaan terhadap 23 orang warga asing.

“Hasil pemeriksaan mendapati 18 individu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah serta didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua mereka kini disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, JIM Sabah menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melindungi atau menggaji PATI tanpa kebenaran sah.

“JIM Sabah menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan keberadaan PATI kepada pihak berkuasa bagi membanteras isu ini secara menyeluruh,” tambah kenyataan itu.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu