Mahasiswa biadab: PM pesan jangan dibuang universiti – Zambry

MESKIPUN dihina dengan perlakuan melampau yang biadab oleh kumpulan mahasiswa di Sabah, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berlapang dada dan tidak cepat melatah.

Malah Perdana Menteri masih memikirkan masa hadapan kumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu yang akan bertukar menjadi gelap jika tindakan keras diambil ke atas mereka.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang menjelaskan Perdana Menteri meminta kepada beliau agar pihak universiti tidak mengambil tindakan keras terhadap kumpulan pelajar UMS itu yang telah membakar poster karikatur Anwar minggu lalu.

“Perdana Menteri berpesan agar pelajar UMS yang terlibat dalam insiden baru-baru ini tidak dibuang universiti.

“Bagi YAB PM, mereka mungkin membuat kesilapan tetapi masa depan pengajian mereka jauh lebih penting dan perlu diutamakan,” tulisnya ringkas dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Insiden membakar karikatur PM pada Ahad dilaporkan berlaku pada hari kedua Perhimpunan Gempur Rasuah Sabah 2.0 di Lintasan Deasoka, Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

Sekumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi bertindak berani mengakhiri himpunan antirasuah mereka dengan membakar karikatur PM Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

KEPUTUSAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai tindakan memilih untuk ‘mufarakah’ atau berpisah daripada Perikatan Nasional (PN). Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam