‘Asal boleh serang PM, pembangkang akan sambar’

SIKAP pembangkang Perikatan Nasional (PN) yang cenderung menunggang apa sahaja isu untuk memburukkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja mencerminkan ketandusan modal politik, malah menunjukkan sikap politik yang tidak sihat dan tidak membina.

Penganalisis politik tanahair, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, trend politik PN yang menyerang Perdana Menteri dengan menunggang sebarang isu meskipun sekecil hama adalah untuk membina persepsi negatif terhadap kepimpinan negara.

“Ya, pembangkang Malaysia hari ini kelihatan ketandusan modal politik sebenar. Bila dasar tidak jadi kekuatan mereka, maka mereka memilih jalan mudah, main sentimen, serang peribadi, dan tunggang isu murahan. Asal boleh serang Perdana Menteri, pembangkang akan sambar.

“Mereka akan menunggang apa sahaja isu, sama ada benar, separuh benar atau sekadar persepsi ia akan menajadi halal di mata mereka asalkan dapat meracuni rakyat membenci Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI, hati mereka sudah busuk. Apa sahaja kebaikan yang dilakukan Perdana Menteri adalah satu keburukan bagi mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Azhar menjelaskan, ketiadaan tawaran dasar yang meyakinkan, kelemahan dalam membina naratif alternatif, serta kebergantungan kepada serangan peribadi menunjukkan kegagalan PN untuk tampil sebagai ‘kerajaan menanti’ yang konstruktif.

“Sejak Anwar mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri, pembangkang tidak henti-henti menyerang peribadi beliau. Mereka guna pola serangan yang berulang iaitu kecenderungan daripada isu moral lama seperti dakwaan Yusoff Rawther yang telah pun ditutup oleh pihak berkuasa kerana kekurangan bukti, memang jelas niat busuk mereka itu kerana sanggup bersekongkol fitnah Anwar.

“Beberapa bulan lepas pembangkang tergamak menunggang isu remeh temeh kisah Abang Belon yang tidak pernah disahkan secara rasmi, semua ini dijadikan modal untuk menyerang Perdana Menteri secara peribadi.

“Itu belum lagi kisah PRK Ayer Kuning di mana sepatutnya kita kena cari ramai pengundi ketika berkempen, tetapi PN gigih mencari babi tanpa memahami fakta sebenar tentang kedudukan penternakan tersebut yang telah lama wujud dan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, namun pembangkang tetap memilih untuk meniupkan sentimen perkauman dan agama,” katanya.

Azhar yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Beruas berkata, di negara demokrasi yang matang, peranan pembangkang adalah untuk menjadi semak dan imbang kepada kerajaan dengan membentangkan pelan dasar, menyuarakan kepentingan rakyat, dan mencabar kerajaan berdasarkan fakta serta hujah yang munasabah.

Namun katannya, apabila pembangkang memilih untuk menunggang isu picisan atau belum terbukti yang hanya melemahkan kredibiliti mereka sendiri.

“Trend politik PN ini berisiko dan akan memakan diri kerana rakyat semakin matang dan bijak menilai. Kebanyakan isu yang ditunggang ini bukan sahaja belum jelas atau selesai secara sah, malah tiada kaitan langsung dengan dasar negara, kebajikan rakyat, atau prestasi ekonomi.

“Ia lebih kepada permainan persepsi dan sentimen yang bersifat sementara, namun impaknya boleh memburukkan suasana politik dan mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

“Yang merisaukan kita, permainan politik seperti ini boleh menjauhkan rakyat daripada politik. Keletihan maklumat palsu, sentimen perkauman dan keagamaan yang dimainkan tanpa asas, serta fitnah yang berulang-ulang akan menyuburkan politik kebencian, ini bukan politik penyelesaian,” katanya.

Justeru, Azhar menegaskan, semua pihak yang cuba meraih simpati politik melalui serangan peribadi dan persepsi semata-mata, perlu sedar bahawa zaman politik lapuk ini sedang menuju penghujungnya.

“Rakyat kini semakin matang dan celik maklumat. Mereka tidak lagi menelan bulat-bulat dakwaan yang disebar di media sosial tanpa bukti kukuh. Sebaliknya, mereka menilai berdasarkan prestasi, dasar dan rekod perkhidmatan.

“Pembangkang harus kembali kepada asas iaitu kembali kepada politik nilai, politik hujah, dan politik solusi. Jika tidak, mereka akan terus menjadi pemain pinggiran yang hanya tahu menyerang, tetapi gagal membina,” katanya.

Related Posts

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak