Elak konflik hak asasi manusia, perundangan persekutuan dan negeri perlu diselaras

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan buat kerajaan Persekutuan dan negeri menyelaraskan perundangan berkaitan hak asasi manusia bagi mengelakkan percanggahan dalam melaksanakannya secara holistik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, dasar perundangan negara yang berteraskan warisan undang-undang British serta undang-undang Islam menimbulkan pelbagai dilema dalam pelbagai aspek pentadbiran.

Menurut beliau, antara yang menjadi pertikaian adalah membabitkan hal ehwal kekeluargaan dan pendaftaran perkahwinan.

“Malaysia berdepan cabaran kerana banyak amalan yang kita warisi daripada sistem perundangan British, sebelum diperkenalkannya sistem berasaskan Islam yang lebih memberi penekanan kepada hal kekeluargaan.

“Akibatnya, wujud konflik dalam undang-undang kita sendiri yang perlu ditangani secara berhemah bagi mengelakkan ia menjadi isu politik, lebih-lebih lagi memandangkan kepelbagaian latar belakang rakyat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Muzakarah Isu Hak Asasi Manusia dalam Perspektif Maqasid Syariah, pada Selasa.

Turut hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, penyelarasan pentadbiran amat penting bagi menangani isu perkahwinan yang dilangsungkan di luar negara tetapi tidak didaftarkan di dalam negara, sehingga mewujudkan implikasi terhadap status serta hak anak yang dilahirkan.

Katanya, isu perkahwinan campur yang menimbulkan persoalan berkaitan kelayakan memiliki tanah rizab Melayu serta status anak di bawah perundangan negeri terutama di Sabah dan Sarawak juga perlu diselaraskan.

“Jika perkahwinan tidak didaftarkan di Malaysia, ia mencetuskan masalah pentadbiran. Anak tidak dapat diiktiraf sebagai anak sah, seterusnya tidak boleh didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Ia bukan sahaja menjejaskan pasangan, bahkan memberi kesan besar kepada anak kerana mereka tidak akan mendapat manfaat yang sepatutnya menurut dasar dan perundangan negara,” katanya.

“Jika berlaku perkahwinan antara Melayu dan Cina misalnya, timbul persoalan sama ada pasangan itu layak mendapat tanah rizab Melayu, apatah lagi jika mereka tidak boleh berbahasa Melayu walaupun sudah memeluk Islam,” katanya.

Lantaran itu, beliau menegaskan menjadi keperluan mengadakan rundingan dan muzakarah secara berkala bersama Kerajaan Negeri supaya dasar dapat diselaraskan serta tidak bercanggah dengan pentadbiran negeri.

Jelasnya, jika isu berkaitan terus dibawa ke mahkamah tanpa penyelesaian pentadbiran yang menyeluruh, ia berisiko menimbulkan ketidakadilan dalam sistem perundangan sivil dan syariah.

“Jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh membawa kepada konflik tafsiran undang-undang sivil, syariah serta hak asasi manusia dalam pelbagai aspek, termasuk dari segi kesaksian saksi yang mungkin ditolak hanya kerana latar belakang mereka.

“Diharapkan muzakarah berkenaan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan resolusi yang selari antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

“Apa yang kita mahukan adalah jalan tengah serta penyelesaian tuntas terhadap masalah yang timbul hasil sejarah serta latar belakang sistem perundangan negara,” katanya.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU dan PRN serentak perlu berasaskan persetujuan nasional, bukan paksaan politik – Penganalisis

PRU dan PRN serentak perlu berasaskan persetujuan nasional, bukan paksaan politik – Penganalisis

Nahas ngeri: Bayi tercampak, lima sekeluarga maut

Nahas ngeri: Bayi tercampak, lima sekeluarga maut

Lelaki hilang di hutan Kabong ditemukan selamat

Lelaki hilang di hutan Kabong ditemukan selamat

Budaya ‘ngabang’ terus subur, pemangkin perpaduan sempena Hari Gawai 

Budaya ‘ngabang’ terus subur, pemangkin perpaduan sempena Hari Gawai 

Sarawak perkukuh kerjasama pendidikan dan kesihatan dengan China

Sarawak perkukuh kerjasama pendidikan dan kesihatan dengan China

Unduk Ngadau pentas perpaduan, penterjemah jadi nadi komunikasi

Unduk Ngadau pentas perpaduan, penterjemah jadi nadi komunikasi