Subsidi bersasar RON95 tetap diteruskan – PM

KERAJAAN akan meneruskan rancangan pelaksanaan subsidi bersasar RON95, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu diulangi sekali lagi oleh Perdana Menteri yang berkata, pelaksanaan subsidi bersasar RON95 tidak akan menjejaskan sebahagian besar rakyat.

Tegasnya, terdapat banyak kempen negatif mengenai RON95 dan menjelaskan apa yang dikatakan oleh pembangkang hanyalah gimik yang menunjukkan bahawa rakyat sedang mengalami kesusahan.

“Sama ada kita akan melaksanakannya (subsidi bersasar RON95)? Ya… kita akan melakukannya, kerana rasionalisasi subsidi adalah sesuatu yang kritikal untuk negara kita.

“Kita mahu mempunyai sumber yang mencukupi untuk membantu golongan miskin, untuk meningkatkan kualiti pendidikan, memberikan perkhidmatan awam yang lebih baik termasuk kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui di Energy Asia 2025 di ibu negara, hari ini.

Anwar berkata demikian mengulas sama ada kerajaan akan terus melaksanakan subsidi bersasar RON95 atau sebaliknya.

Pada pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober tahun lalu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bahawa kerajaan merancang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun ini.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata bahawa kerajaan akan tetap melaksanakan rasionalisasi subsidi RON95 seperti yang dirancang pada separuh kedua tahun ini.

Beliau berkata, perbincangan berkaitan rasionalisasi subsidi masih berjalan di peringkat Jemaah Menteri bagi meneliti mekanisme terbaik untuk pelaksanaan menyeluruh dan adil kepada rakyat.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta