Jabatan Peguam Negara fail Notis Rayuan keputusan lepas dan bebas Yusoff Rawther

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara telah memfailkan Notis Rayuan terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan Muhammed Yusoff Rawther.

Agensi itu menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan, pihaknya merujuk kepada keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Jun lalu, yang telah melepaskan dan membebaskan Muhammed Yusoff tanpa dipanggil untuk membela diri di akhir kes pendakwaan.

“Ini adalah bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 [Akta 206].

“Setelah mempertimbangkan keputusan Yang Arif Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tersebut, Jabatan ini telah menfailkan Notis Rayuan bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan tersebut pada hari ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Jabatan Peguam Negara menegaskan, Seksyen 398(2) Akta 234 memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup, dan sekiranya tidak dihukum dengan hukuman mati, hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Katanya, Seksyen 36(1) Akta 206 memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya.

Pada 12 Jun lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan bekas pembantu penyelidik ahli politik, Muhammed Yusoff tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, tahun lalu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan.

Pada 12 September 2024, Muhammed Yusoff, 32, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada jam 10.15 pagi, 6 September 2024.

Dia juga menghadapi satu pertuduhan memiliki dua pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara pada pukul 9.25 pagi, 6 September 2024.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu